Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang ;D

Bahagian 5: Pengalaman mengerjakan umrah pada musim sejuk

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang ♥

Dah baca bahagian 4? Belum?

Bahagian 4: Duit riyal, roaming Internet, imbas passport, pemeriksaan kawalan keselamatan, isi air botol, imbas pas masuk, waktu subuh, makanan dan minuman

Sambungan bahagian 4. Masih dalam pesawat. Belum keluar lagi. Sebelum mendarat, kapten bawa pusing jenguk lapangan terbang. Saat kapal terbang dah keluarkan tayar, masing-masing mula duduk. Masa untuk mendarat. Alhamdulillah. 

Seperti kebiasaan manusia, kapal terbang baru mendarat, dah ramai berdiri nak keluar. Tak kira muda tua, lelaki perempuan, Malaysia bukan Malaysia. Termasuklah mak Iz. Penat duduk 9 jam katanya. Mak Iz dan acik dah keluar dulu. Iz dan adik Iz keluar kemudian. Keluar saja pembumbung, kena keluar satu pintu ni. Turun tangga tak bergerak. Oh. Ada bas akan kutip semua penumpang bawa ke balai ketibaan. Iz suruh mak Iz duduk. Mana percaya dengan mak Iz ni nak berdiri dalam bas bergerak. Tapi, bas ni, tiang dan tempat sangkut tangan, tinggi! Iz cuba capai. Ngak bisa deh. Penumpang-penumpang lain dah risau tengok Iz bila bas dah bergerak. Risau terjatuh. Akhirnya, Iz paut kat lengan adik Iz. Siapa suruh lagi tinggi daripada Iz? Haha.

Keluar saja bas, ramai-ramai terpersona melihat tulisan Arab sana sini. Iz teringat balik tempat kerja lama. Kena buat label guna font tulisan ni untuk label antarabangsa produk makanan buatan Malaysia di Dubai pada tahun 2020 tak silap. Menggigil otak nak terjemah kandungan. Seingat Iz, lapangan terbang ni ada akuarium besar tapi Iz tak jumpa. Ke salah lapangan terbang?

Kami tak ada naik turun tangga. Jalan sambil heret beg kabin. Ikut saja ramai-ramai. Entah betul ke laluan, serahkan saja kepada Tuhan. (Memori bahagian ni dah mula samar-samar. Maaf.) Sampailah ke kaunter imigresen. Banyak kaunter. Semuanya perlu berbaris. Satu lorong tu ada dua kaunter. Kiri dan kanan. Serah passport dan tangkap gambar. Kalau gambar tak dapat kesan, petugas akan minta imbas empat cap jari. Dekat sini, masa giliran Iz, petugas tak semak visa mahupun tanya sebarang ubat. Lepas macam tu saja. Prosesnya sangat sekejap. Dalam dua minit. Dekat sinilah passport dicap.

Berharap petugas cap muka surat 4, sekali muka surat 48. Tambah 44. Haha!

Lepas dah terima semula passport, pergi ke mana lepas ni? Sungguh. Iz macam, "Aku ni kat mana? Kenapa aku ada dekat sini? Siapa aku?" Haha. Weh. Iz tak cukup persediaan ke apa ni? Mana arahan? Iz perlukan arahan. Tasukete! (Tolong saya!)

Nampak ramai-ramai pergi satu pintu ni. Iz pun ikut. Pintu keluar dari imigresen rupa-rupanya. Sebelum keluar, petugas lelaki akan semak passport lihat dah cap ke belum. Okey semuanya, barulah bebas. Syukur nampak Tok Cik pakat panggil ambil beg kargo. Oh. Ambil beg. Beg yang beratnya tak sampai 20kg tu! Iz dan anggota keluarga pergilah ambil beg. Troli ambil satu. Dah ambil beg, Tok Cik suruh berkumpul dekat ... (maaf. lupa) tempat berkumpul (Ini saja kemampuan Iz? Seriuslah?)

Sebelum pergi tempat berkumpul tu, ada halangan terakhir sebelum keluar dari bangunan utama lapangan terbang ni. Semua beg perlu diimbas dekat pemeriksaan kawalan keselamatan. Angkut semua beg dari troli letak atas conveyor belt. Dekat kaunter yang Iz dapat ni, petugas dia sandar dekat kerusi dan menguap. Tak periksa apa. Lepas semuanya. Selesai semuanya, letak balik beg atas troli dan tolak ke tempat berkumpul.

Keluar saja bangunan, lapang. Lapang sungguh lapangan terbang ni. Masa ni tak ramai orang. Rasa teruja sikit bila berada di Tanah Arab ni. Pergilah ramai-ramai ke tempat berkumpul. Dia macam tempat berkumpul berupa khemah tertutup yang tak panas dan destinasi terakhir sebelum bergerak naik bas. Dalamnya, ada surau terbuka. Macam surau terbuka RnR Malaysia. Nak ambil wuduk dekat tandas. Tapi, nak solat apa pukul 10.00 pagi ni?

Nek Cik suruh beli kad sim Arab Saudi dekat tempat berkumpul ni. Harga 60 Riyal. Bukan suruh tapi paksa. Iz malas nak beli tapi mak Iz belikan juga. Beli kad sim, bagi salinan visa saja. Salinan passport tak perlu. Kalian akan dapat Internet sepanjang sebulan dengan 2.00 Gb setiap hari. Tak kira kad sim Arab ke atau beli data roaming Internet, Kerajaan Arab Saudi tetapkan penggunaan data terhad kepada 2.00 Gb setiap hari.

Masa nak beli kad sim, mak Iz disapa oleh pekerja lelaki. Acik pun minta lelaki tu buatkan. Kemudian adik Iz dan Iz. Sampai dekat Iz, ada pekerja perempuan rampas salinan visa Iz dari tangan pekerja lelaki tu. Lebih mengejutkan, pakaian pekerja perempuan tu sangat santai ya. Macam Arab Malaysia. (tak tutup aurat sempurna) Iz pandang atas bawah dia. Pekerja laki bertekak dengan perempuan tu. Iz apa lagi, jadi diva. Ambil balik salinan visa Iz dan bagi kepada pekerja lelaki tu. Terkesima pekerja perempuan tu dengan tindakan Iz.

Kata Nek Cik, pekerja-pekerja akan tolong uruskan sampai boleh guna telefon. Tak. Ini sembang kari kepala kambing. Mereka cuma tolong masukan kad sim dan tunggu mesej. Terus bagi semula telefon dekat pemilik. Itu sahaja. Nombor Arab Saudi pun tak bagi tahu. Bila tanya nombor kad sim ni apa, pekerja angkat bahu tak tahu. Bengang juga la Iz. Syukur Iz dan adik Iz ni celik peranti. Adik Iz tolong mak Iz dapatkan nombor. Iz tolong acik. Telefon acik hanya ada satu saja slot kad sim. Kad sim Malaysia kena simpan. Pum, pam, pum, pam. Selesai semuanya.

Bas dah sampai. Masa nak keluar dari tempat berkumpul, ada pekerja lelaki ni tahan Iz. Minta jarum cucuk slot kad sim. Iz guna jarum peniti yang Iz pakai. Iz macam ... kau pekerja tak kisahlah sambilan ke tetap ke, kau patutnya ada segala alat tu. Benda boleh ikat dekat tali lanyard kau. Yihh. Aku bebel sampai esok tak habis. Dasar nak duit tapi kerja asal boleh aje. Syukur tak kena bombastic side eye Iz. Haha!

Jarak dari tempat berkumpul ke bas dalam 200 meter. Dengan Nek Cik tak habis-habis paksa cepat. Dia ajak Iz berlumba ke apa? Sungguhlah? Tak lawak. Risau troli yang Iz tolak ni kena dia aje. Pastu terbang melekat dekat atap. Meronta-ronta minta tolong. *gelak syaitan*

Masuk saja bas, duduk tengah-tengah bas. Bila buka saja pendingin hawa, ya Allah. Bas yang Agensi Polka ambil untuk grup umrah Iz ni, hancing. Hidung Iz ni sudahlah sensitif dengan bau-bauan. Terpaksa pakai pelitup mulut sebelum perjalanan. Sedut inhaler cengkih. Pening weh. Rasa nak muntah. Sekali adik Iz cuit Iz ajak tukar tempat duduk. Iz setuju. Lepas tukar tempat duduk, bau hancing tu tak ada. Terkejut kita orang berdua. Ingat sebab balasan ke apa, sekali memang bas tu hancing. Isy.

Mulut Iz masa ni rasa tak selesa. Kiranya hampir 24 jam tak mandi atau gosok gigi. Tak selesa. Haha. Iz sarankan bawalah gula-gula getah untuk segarkan semula mulut. Nak gosok gigi pun boleh. Kena sediakan di beg sandang atau beg kabin. Rasa macam berpuasa dekat negara orang aje.

Dari lapangan terbang ke Madinah makan masa lima jam lebih. Pemandu bas bawa macam belakang bas tu berlakunya tanah runtuh atau ada raksasa sedang kejar bas. Laju mat. Potong bas, lori, trak macam entahlah. Laju-laju nak pergi mana? 

Oh ya. Dekat Tanah Arab ni, lebuhraya dia tak macam Malaysia. Lawan arah. Pemandangan? Pemandangan sepanjang perjalanan mesti cantik kan? Anda yakin?

Bukan di Malaysia

Bayangkan lima jam lebih hadap pemandangan lebih kurang saja. Haha. Iz nampaklah juga keldai, unta dan bangunan rata. Ada bukit-bukit batu yang besar. Jalannya lurus. Tak ada lampu isyarat. Penat tak tidur, Iz tidur dalam bas dalam sejam lebih. Mengantuk mat. 

Buka saja mata, dengar Tok Cik bagi pengumuman akan berhenti di RnR untuk solat dan makan. Iz mati-mati ingat RnR ni satu saja di Tanah Arab. Sebenarnya banyak saja RnR. Jarak saja yang berbeza. Kawan Iz kata, RnR dekat sini tak sama macam RnR Malaysia sama ada di lebuh raya atau di kampung. 

RnR pertama

RnR dekat sini mesti ada bangunan surau untuk solat. Tak jauh dari surau, mesti ada bangunan kedai makan. Sampai saja RnR, Tok Cik bagi 30 minit saja untuk solat dan rehat. Dekat sini Iz sedikit tidak gemar tempoh yang mereka letak. Tak masuk akal. Ingat ini kem sekolah nak suruh cepat-cepat? Rombongan sekolah? Panas hati Iz bila Tok Cik dan Nek Cik tetapkan masa tak masuk akal. Iz okey kalau semua jemaah muda dan sihat. Ini separuh jemaah dah berumur. Hangat hati Iz ni. (Mungkin sebab dulu Iz pernah jadi ketua pengarah program jelajah Pantai Timur, segala masa rehat, ad-hoc Iz susun. Ini tidak, dia kerah macam perah kelapa parut. Hampas.)

Kembali ke RnR. Turun saja bas, angin sejuk meniup ke tubuh. Sejuk. Sejuk sedikit hati Iz. Allah tenangkan hati Iz yang membara dengan angin sejuk. Iz tak boleh mengomel macam budak kecil. Iz kena kuat untuk jaga mak Iz sepanjang berada di Arab Saudi ni. Singgah solat zohor dan asar. Telekung dalam beg kabin. Tak keluarkan. Tak terdetik nak keluarkan. Maka, Iz solat saja dengan pakaian Iz.

Surau pertama

Ramai-ramai serbu tandas. Tandas dekat RnR ni, fuh. Kurang kasih sayang. Haha. Dekat sini, tak pastilah siapa pengguna terakhir sebelum jemaah kami. Tandas tak dipam. Bau kurang wangi. Haha. Weh. Maaflah Iz guna bahasa kiasan yang sangat baik. Ruang tandas bersimen dan berlecak. Jadi, kena jaga seluar elok-elok. Nak bawa solat. Getah paip dekat tandas RnR ni, halus saja. Airnya tak kuat. Sangat lembut.

Ruang surau pula, asal boleh. berkarpet. Telekung tak disediakan. Kena pakai sendiri punya. Baunya, kurang wangi juga tapi bolehlah untuk solat. Dah namanya RnR. Eh sekejap. Tukarlah nama, RnS, Rehat dan Solat. Suka hati Iz aje. Haha. 

Habis solat, Iz tanya Nek Cik pasal makan. Iz tanya tempat makan ni macam RnR Malaysia ke macam mana? Macam biasa, jawapan Nek Cik sentiasa menyakiti hati Iz. "Kamu pergilah tengok sendiri. Makan aje apa-apa."

Iz sangat lapar. Dapat jawapan begini. Nak marah tapi kena sabar. Nak maki tapi kena sabar. Sisi setan Iz kena kurung. Jadi, kena banyakan bersabar. Iz telefon adik Iz. Dia tahu makanan Arab. Iz tahu shawarma dengan kunafa aje. Nah. Lagi seorang. Tak angkat telefon. Bazir 60 Riyal macam ni. Rasa nak dicampak adik Iz kat tiang elektrik. Telefon lagi, dia suruh Iz oder aje apa-apa. Apa-apa tu, apa dia? Ya. Iz banyak bergaduh dengan adik Iz sepanjang 12 hari. Iz dah tinggalkan setan-setan Iz kat Malaysia, adik Iz boleh pula bawa perangai kanak-kanak dia. Yih.

Makanan, Iz suruh adik Iz uruskan. Pekerja dekat sini boleh cakap bahasa Melayu. Jadi, itu bukan alasan tak tahu. Maaflah kalian. Iz banyak melepaskan geram. Nak belasah adik, tak boleh. Tahan geram aje mampu. Adik Iz beli Nasi Mandy Ayam dengan harga 30 Riyal. Adik Iz kata sedap. Iz tak ada selera nak makan bila tengah tahan marah. Cuit sikit aje bagi mak Iz nampak anak dia ni makan.

Kongsi empat

Habis makan, Iz pergi kedai runcit sebelahnya. Belilah air mineral dan roti. Mak Iz nak kacang buat kunyah dalam bas. Iz teringat video dekat TikTok yang roti keju sedap tapi Iz lupa yang mana satu. Iz pun beli tiga jenis roti. Dua sedap, satu kurang sedap (gambar di bawah). Harga? Tak ingat.

Cheese Puff. Keju ketul-ketul.

Sambung perjalanan ke Madinah. Dalam dua jam lebih. Ingat tak pemandu bas bawa bas macam kena kejar dengan raksasa? Sekali kena tahan. Tok Cik kata ini urusan macam JPJ. Undang-undang Arab Saudi tak sama dengan Malaysia. Kita kena bersabar. Anggap saja ini ujian. Ah. Cuba jujur saja. Pemandu bas bawa bas laju dan memkhinzir buta. Kemonlah. Tak perlu menegakkan benang yang basah.

Bebas daripada tahanan, bas pun masuk Madinah. Lihat Kota Madinah, Iz risau. Risau apa? Risau dah masuk maghrib tapi bas tak jumpa hotel. 20 minit juga berpusing-pusing mencari hotel. Laluan dekat sini semuanya sehala. Terlepas simpang, kena jalan lagi naik itu ini. Benda boleh susah, buat apa senang?

Tipulah kalau tak terdetik kat hati. Kata sangat berpengalaman dalam jadi mutawif atau mutawifah, takkan hotel yang biasa Agensi Polka ambil lupa jalan. Haha. Iz doa cepat sampai aje. Sambil jalan tu, nampaklah menara masjid Nabawi. Iz terpukau. Hati tak sabar nak ke sana. Rasa teruja yang terpanggil.  

Sampai di hotel, tahu tak apa perkara pertama yang Nek Cik dan Tok Cik buat? Ya. Tangkap gambar. Suruh ramai-ramai berkumpul depan hotel. Mutawif kumpulan lain sertai sekali bergambar. Iz macam biasa, pakai pelitup muka. Tapi, what the heck is this? Ini keutamaan ke? Seriuslah? Wah. Semoga Allah merahmati kamu.

Hotel di Madinah

Iz tak boleh bertenang mat. Kenapa? Maghrib dah masuk. Nek Cik suruh pergi makan dulu. Bagi mereka masa untuk agihan bilik. Untuk makan, nanti Iz ceritalah. Ehem. Kita ada drama masa agihan bilik ni. Drama yang sama masa mak Iz minta kad namanya tapi ini lain sedikit.

Acik dapat bilik lain. Tak sama dengan kita orang. Alasan? Nek Cik ingat acik ni bukan mahram adik Iz. Padahal Nek Cik yang uruskan visa acik. Bila mak Iz pergi suarakan hal ni, Nek Cik angkat sebelah tangan tanpa pandang mak Iz. Dia buat-buat sibuk. Aku ni baran. Risau ada jenazah dari grup ni aje nanti. Syukur setan-setan Iz tinggal kat Malaysia. Mak Iz cakap dengan Tok Cik yang acik dan adik Iz ni mahram. Acik ni adik mak Iz. Entahlah.

Akhirnya, dapat sebilik. Iz suruh mak Iz dan acik pergi bilik dulu. Iz dan adik Iz uruskan beg. Lapan beg untuk dua orang. Apa ada hal. Boleh uruskan. Sampai dekat bilik, Iz tengok mak Iz terduduk dekat katil. Bilik hotel ni sangat sempit. Mak Iz sedih sangat. Masa daftar pakej hari tu, staf cakap dapat bilik selesa. Dekat dengan masjid itu ini. Acik dan adik Iz mula meluahkan rasa ketidakpuashatian menyokong aduan mak Iz. Bayar RM7k lebih tapi dapat bilik macam ni. Iz tak tangkap gambar bilik. Cuba kalian bayangkan, jap. Iz nak lukislah. 

Kotak hitam tu singki

Sempit ke? Ya. Sangat sempit. Iz rakam video dan bagi dekat kawan Iz. Dia sendiri kata lagi kecil daripada bilik hotel Madinah dia tempoh hari. Letak beg kargo pun kena fikir empat puluh tujuh kali. Iz terpaksa cakap kat mak Iz, acik dan adik Iz untuk bersabar. Tahu kecewa. Tapi, jangan macam ni. Kita baru sampai Kota Madinah. Berdoalah semoga urusan kita semua selama di Arab Saudi sampai balik ke Malaysia, Allah mudahkan. Sangka baik dengan Allah. Doa yang baik-baik. 

Nampak macam bergaya aje kan Iz? Sekali Iz dapat katil paling tak bersih. Haha! Weh. Rambut entah siapa melekat kat sarung bantal dan cadar. Terasa habuk tak dibersihkan. Entah hotel ni tukar sarung bantal dan cadar ke tak. Naik gatal-gatal badan Iz sampai luka berdarah. Kalau nak kata sebab sejuk, Iz keluar mesti bertutup sana sini. Habuk pun susah nak hinggap. Iz syak dapat dari hama dan habuk katil. Tragis wo. Sampai sekarang parut luka masih ada di tangan dan badan. 

Dah pukul 9.15 malam macam tu, adik Iz nak bersiar-siar sekeliling Masjid Nabawi. Tok Cik kata kalau nak ke masjid, ikut saja orang yang berjalan. Cuba teka adakah Iz percaya dengan pesanan Tok Cik? Ya. Tepat sekali. Tidak percaya. Adik Iz ikutlah pesanan Tok Cik. Pukul 9.30 malam macam tu, adik Iz balik. Ai. Sekejap sangat. Adik Iz tak yakin nak berjalan seorang diri. Iz pun temanlah dia. Dekat lif, jumpa mutawif grup lain. Tanya nak ke masjid macam mana. Sama juga skrip jawapan dengan Tok Cik. Ikut saja orang yang berjalan.

Entahlah. Kata khidmat mutawif, membimbing. Ini menyesatkan. Terlalu banyak cacat cela dan lepas tangan. Tok Cik dan Nek Cik sibuk uruskan jemaah yang terlepas Nusuk esok hari. Abaikan jemaah lain. Pandai-pandailah hidup. Esok pukul 8 pagi, baru Tok Cik tunjuk jalan ke masjid. Sungguh Iz kecewa. Agensi Polka ni letak jemaah lama-lama dekat Madinah tapi langsung tak ada inisiatif bagi panduan kepada jemaah sepanjang di Madinah. Seminggu weh di Madinah. Tapi beria fokus umrah di Mekah yang empat hari. Risau umrah tak sah itu ini. Katanya setimpal dengan pakej yang kami ambil. Lembu jantan tahi sungguh.

Alhamdulillah, perjalanan Iz dan adik Iz ke masjid sesat. Haha. Iz penat. Jujur Iz penat. Iz sangka hotel yang kami dapat ni, sekadar 150 meter yang dekat dengan pagar 338 macam tu. 150 meter pun, masih dekat dengan bahagian solat wanita. Sekali, bertentangan. Jap. Iz cari gambar buat rujukan. Taip, taip kau orang tak dapat bayangkan. Tak syok pula.

Peta Masjid Nabawi. Yang kotak kuning, pekarangan masjid (sumber: Pinterest)

Nek Cik cakap jarak dari hotel ke masjid sepatutnya dekat saja tetapi sejak ada pembinaan, terpaksa ambil jalan jauh. Jalan jauh tu dia tak tunjuk apa-apa landmark. Kena berjalan guna niat. Dan lagi satu. Pihak agensi, Tok Cik dan Nek Cik tak beritahu kita orang akan duduk hotel mana. Dah mendarat dekat Tanah Arab pun masih tak beritahu hotel mana. Macam ... kejutan! Terkejut tak? Agensi lain sebelum berangkat semua dah beritahu. Yang ini tidak. Risau kena sembur dan maki. 

Ini Iz tunjuk perjalanan dari hotel ke masjid. Ini peta lama. Nak tunjuk guna Google Maps, macam makin menyesatkan. Jadi, wala~

Rentasan ungu dari hotel Iz ke masjid. Rentasan merah kawasan kebiasaan jemaah Malaysia menginap hotel di Madinah

Nampak macam dekat saja kan? Dari hotel ke anak panah dalam 150 meter. Dari anah panah nak ke kawasan solat wanita (hampir dengan rentasan merah) rasa macam patah balik ke hotel. Bagi jemaah muda dan bertenaga, dekatlah. Untuk jemaah yang kurang sihat lutut dan mudah letih macam mak Iz, terasa lelahnya, jauhnya. Kena berehat sekejap sebelum sambung perjalanan.

Iz dan adik Iz berjaya tiba di Masjid Nabawi dalam keadaan sesat tiba-tiba sampai. Mata Iz tersenyum bila nampak menara masjid. Iz terus cuit adik Iz. Beritahu dia kita dah jumpa jalan ke masjid. Adik Iz apa lagi, kan perangai kanak-kanak dia terlupa nak tinggalkan dekat Malaysia. Bukan main berjalan laju. 

Gambar pertama diambil

Hati rasa rindu. Rindu yang tidak pasti. Bila tatap menara, hati rasa sesuatu. Adik Iz dah tinggalkan Iz. Dasar adik Iz ni. Iz kejar dia. Bermulalah aktiviti kejar-mengejar. Ya. Tak dewasa. Kemonlah. Haha. Masuk saja kawasan pekarangan, adik Iz terus tuding jari ke satu arah.

Kubah hijau.

Iz macam, jadi? Kenapa? (Berani ya Iz tanya soalan ni. Haha! Jangan belasah Iz. Maafkan saya! Saya tak belajar sungguh-sungguh! T^T)

Adik Iz cakap itulah kubah hijau. Bawah kubah tu ada makan nabi kita. Iz kelip mata tak percaya. Betul ke adik aku ni? Dia selalu gebang terbang sampai gajah terbang. Iz dan adik Iz pergilah menghampiri kubah hijau tu. Nampak ramai manusia melambai dan berdoa sambil pandang kubah hijau. Terdengar seorang jemaah asing sebut, "Rasulullah."

Iz tersentak. Jadi, betullah adik Iz cakap? 

Jubah tak bagi kerjasama

Ya Rasulullah. Aku dah sampai Madinah ni. Malam-malam sampai. 

Baru nak syahdu-syahdu sampai mengalirkan air mata, adik Iz dah berjalan tinggalkan Iz. Jalan laju. Orang tengah ramai. Ai. Dia punya perangai. Iz tarik bahu adik Iz cakap nak minum air zam-zam. Adik Iz angguk. Kita orang pun pergilah stesen air dekat luar. Adik Iz minum dulu. Bukan air zam-zam. Iz ingat lagi air zam-zam diisi dalam tong coklat cair. Itu mesti air zam-zam.

Sambil mencari, Iz ajak adik Iz pergi ke pagar 333. Nak pergi pasar malam Madinah. Nak rasa kunafa dan aiskrim. Rasa saja. Beli tak. Haha. Masa keluar pagar, Iz sengajalah toleh belakang. Iz terus tahan adik Iz. Weh. Ini! Ini! Ini! 

Dalam kamera lagi lawa

Nanti nak ajak mak Iz bergambar dekat sini. Kena datang juga. Hihi. Lepas pergi dekat tempat yang dikatakan tular tu, ramai tengah beratur. Ramai sangat. Tak jadi beli. Iz pun ajak adik Iz balik. Tapi ikut jalan lain. Senang cerita, kita orang pusing pekarangan masjid. Haha. Jauh tu jauh. Penat tu penat. Tapi, bila lagi nak buat kerja gila?

Dah kembali ke pagar 310, kita orang kembali sesat. Macam mana nak balik hotel? Tadi ikut jalan mana? Iz penat dah. Adik Iz terlebih yakin kata betul jalan ni. 20 minit pusing bangunan yang salah. Mengarut! Iz ajak patah balik ke kawasan yang ada banyak kerusi. Hati Iz kata ke kiri. Bukan kanan. Alhamdulillah. Sampai juga. 10.50 malam sampai bilik. 

Dah bersihkan diri yang melekit-lekit dan tunai kewajipan, Iz pun baring atas tilam. Nak pejam mata. Sipi lagi. Sekali, anggota keluarga Iz buat okestra dengkur. Ya Allah! Aku tak oder okestra! Tolong!

Esok, hari pertama bagi perjalanan umrah grup kami. Esok malam juga masuk ke Raudhah. Kita sambung di bahagian 6. Jumpa nanti!

Bahagian 4: Pengalaman mengerjakan umrah pada musim sejuk

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang ♥

Dah baca bahagian 3? Belum? 

Bahagian 3: Persediaan beg sandang, beg kabin, beg kargo, senarai pakaian, senarai barang

Tibalah siaran yang ditunggu-tunggu. Kisah Iz dan umrah. Iz tekad untuk abadikan pengalaman umrah di blog supaya kawan-kawan Iz dan bakal jemaah dapat membayangkan suasana umrah itu macam mana rupa dia. Lagi-lagi dari sudut pandang seorang Iz. Siaran kali ni, fokus pada Iz saja. Iz watak utama dalam travelog ni. Haha! Merasalah juga jadi watak utama.

Dua malam sebelum berangkat, Iz ada buat sedikit ulang kaji umrah. Ulang kaji dengan anggota keluarga yang lain. Refresh dan recap. Macam nak jawab peperiksaan pula gayanya. Pergerakan dari rumah ke KLIA2, itu ini. Untuk Madinah, kena belajar sendiri. Mutawif dan kursus langsung tak sentuh pasal Raudhah. Semuanya fokus umrah semata. Ni kalau Iz buat aduan bertulis, risau jadi novel. Haha. Tapi, agensi manalah ambil semua benda ni. Bagi mereka, jemaah kena bersyukur bla bla bla. Neh.

Iz okey tak ni? Tak. Haha. Dua malam sebelum bertolak tu, Iz ada tanya dekat grup pasal ubat terkawal macam ubat darah tinggi semua tu. Perlu simpan ubat terkawal dekat beg kabin atau beg kargo. Soalan Iz ringkas saja. Mutawif sendiri yang kata kalau ada soalan, tanya dekat grup. Iz tanyalah. Mutawifah atau kita gelarkan dia sebagai Nek Cik (Iz tak rela panggil dia mutawifah waima hajjah. Tidak), palaunya soalan Iz tu. Sekali, dia beri jawapan yang tak kena dengan soalan selepas beberapa jam. Dekat sini, Iz dah rasa Nek Cik ni memang sesuatu.

Iz berdoa sangat jemaah umrah grup Iz ni tak cipta macam ragam. Nek Cik dah buat ragam. Iz kalau orang buat ragam yang menyeksa hati Iz, Iz blah aje. Iz tak nak gaduh. Kita nak baik-baik saja sepanjang di Arab Saudi. Tinggalkan segala kesetanan dalam diri di Malaysia buat sementara waktu.

24 jam sebelum berangkat, mak Iz dan adik Iz jumpa kawan-kawan mereka sebelum berangkat. Iz jumpa kawan tak? Tak. Cukup di WhatsApp. Ada sekali jumpa kawan Iz di Bangi. Dia yang berikan hadiah beg galas dan sedikit tajaan buat mak Iz dan ayah Iz di Mekah nanti. Taja naik skuter gais. Belum rezeki ayah Iz pergi umrah. Maka, Iz yang menjadi pengemudi untuk mak Iz. (Iz mana ada lesen motor. Gilo amek koroje bawa skuter)

Mak Iz tanya Iz cukup ke bawa duit riyal? Iz kata cukup. Kalau tak cukup, boleh saja keluarkan dekat mesin ATM. Nanti bank kenakan caj transaksi. Mak Iz setuju. Tapi, memikirkan kemalasan Iz mencari mesin ATM, Iz cakap dekat mak, tukarkan duit ringgit kepada duit riyal. Iz ada tolong tukarkan hari tu dekat pengurup wang Lotus Rawang. RM3008 dapat 2350 Riyal. 1 Riyal jual dengan harga RM1.28. Iz Google masa ni, 1 Riyal sama dengan RM1.26. Dekat sini aje yang Iz nampak murah berbanding tempat lain yang jual 1 Riyal pada harga RM1.35. Nak tukar duit, kena bawa kad pengenalan untuk perekodan pengurup wang. 

Kurang 12 jam sebelum berangkat. Beg-beg semua dah diperiksa. Iz paksa mak Iz tidur lepas zohor. Daftar masuk beg pukul 1 pagi. Kapal terbang berlepas pukul 5 pagi. Perjalanan ke Jeddah makan masa 9 jam. Sampai di Jeddah nanti, naik bas ke Madinah. Makan masa 5 jam. Memang meletihkan. Tapi, ada yang lagi letih. Apa dia?

Abang Iz kata bergerak ke KLIA2 pukul 6 petang. Berkumpul di Masjid KLIA untuk makan. Nenek Iz ada kirim bekal dekat pak cik Iz. Sebelum masuk asar, Iz dah siap segala pakaian untuk berangkat. Masuk saja waktu asar, solat asar dan solat sunat musafir. Selesai semuanya, Iz keluar bilik. Tengok mak Iz baru selesai layan kawan datang ziarah sebelum berangkat. Mak Iz terus bersiap lepas tetamu balik. Sengajalah Iz masuk bilik adik Iz. Nak tengok dia pakai baju apa untuk berangkat ni. Buka saja pintu, tengok dia tidur atas katil. Lena tidur. Weh. Timbul urat marah Iz ni weh! 

Kalau dekat kampung ada mak cik yang suka berleter mengarah itu ini. Iz sesuai watak tu. Kata gerak pukul 6 petang. Ini semua bersantai lepak santai memantai. Kita ni nak pergi umrah tau. Bukan balik kampung dekat Negeri Sembilan tu. Ya Allah. Ini imbangan duga syarikat mana ni? Menduga sungguh! 

Tup, tap, tup, tap.

Sampai di Masjid Sultan Abdul Samad KLIA jam 8 malam. Solat dan makan. Nek Cik pesan berkumpul di lokasi X jam 9 malam. Berubah-ubah tempat. Benda boleh susah, buat apa senang? Tapi, daftar masuk beg pukul 1 pagi. Noh. Kena sidai gais. Kata Nek Cik, takut jemaah tertinggal kapal terbang. Alasan dia Iz bagi negatif empat puluh.

10.45 malam edar penanda beg dan kad nama. Nama mak Iz ada sama dengan seorang jemaah. Mak Iz minta kad nama dia lepas passport dah serah. Tapi Nek Cik bertindak angkat sebelah tangan dan hala tepat ke muka mak Iz. Sibuk mencari kad nama jemaah lain. Iz tengok tindakan Nek Cik tu, kurang ajar sungguh. Tak beradab. Boleh kut cakap, "Tunggu sekejap ya." Tapi Nek Cik memilih untuk menjadi watak penjahat dalam travelog kali ni. Iz suruh mak Iz tunggu sekejap. Noh! Sekali Nek Cik lupa terus. Nampak sangat berpura-pura terlupa dengan wajah tidak bersalah. 

Panas hati dengan perangai Nek Cik. Bau perangai dia tu ada sedikit bau tanah. Sambil gantung penanda beg dekat empat-empat beg, naluri Iz menjerit. Ada seseorang sedang perhatikan Iz. Takkan hantu kut? Perlahan-lahan Iz dongak. Ada seorang lelaki. Dia ada mata, telinga dan rambut sedang pandang Iz. Lelaki itu rasanya awal 20-an. Iz rasa dia ni hantar mak dia pergi umrah. Bagus anak muda ni.

Maka, bertapalah kami nak tunggu kaunter daftar masuk beg berkumpulan dibuka. Beg-beg dah bersusun dekat kaunter sejam awal. Untuk pendaftaran masuk secara berkumpulan ni, banyak kaunter dibuka. Siapa daftar awal, dapat tempat duduk belah belakang-belakang dan sebaliknya. Kata Tok Cik la. (Tok Cik ni mutawif. Bukan nama sebenar)

Tok Cik kata dekat kami semua. Nanti dekat lapangan terbang di Jeddah, beli nombor Arab Saudi. Iz malas nak beli. Iz dah aktifkan DiGi 30-Day Unlimited Roaming Internet. RM98.00 untuk sebulan. Pergi 12 hari saja. Nanti tengoklah macam mana. Duit salam kaut boleh tahan banyak. Haha! 

Macam ini rasanya ada tiket penerbangan

Dah dapat tiket bolehlah pergi ke balai pelepasan dengan beg kabin dan beg sandang. Bila daftar dengan mana-mana agensi pelancongan, dapat beg serupa saja kan? Inilah sisi kebaikan di lapangan terbang. Petugas yang jaga pintu depan dengan senang hati lepaskan kalian masuk ke dalam lepas tengok beg kabin dan pas masuk. Selalunya pesawat Air Asia akan timbang dulu sebelum masuk. Yang ini macam hari raya dibuatnya. Silakan lalu, sila.

Penerbangan pukul 5.00 pagi. Daftar masuk 1.00 pagi. Masa berlepas pukul 4.20 pagi. Lagi tiga ke empat jam nak buat apa? Iz sedikit risau tak lepas naik kapal terbang. Risau nama disenaraihitamkan, itu ini. Macam-macam andaian. Siap semak nombor kad pengenalan dekat SSPI (boleh tekan untuk semak). Status tiada halangan. Insya-Allah.

Lepas lalu pagar pertama yang dijaga oleh dua petugas Air Asia, rata-rata jemaah terpinga-pinga. Tak tahu nak ke mana. Siapakah mereka. Kenapa ada dekat sini. Termasuklah Iz. Maklumlah, Tok Cik dan Nek Cik tunggu yang terakhir. Maka, berdirinya kami menunggu arahan. Grup jemaah yang sama Agensi Polka dah gerak awal-awal lagi. Entah apa dikejarkan tak tahu. Syukur ada seorang pegawai wanita cantik dan manis ni bimbing kami yang pertama kali masuk balai pelepasan.

Kena imbas passport rupa-rupanya. Oh. Imbas dekat mesin macam kita naik MRT tu. Letak kad TnG, pagar dibuka. Yang ini ada dua pagar dalam satu lorong. Pagar pertama, imbas passport. Kena letak elok-elok untuk mesin baca. Tunggu dalam beberapa saat barulah pagar pertama dibuka. Masuk dengan beg kabin sekali. Jangan tinggal pula. Kemudian, kena imbas wajah kalian yang jelitawan dan tampanwan dekat tiang kamera belah kanan. Konsep sama macam tangkap gambar untuk buat passport. Inilah fungsinya. Sekiranya muka tak dapat imbas, gunakan cap jari. Selesai imbasan, pagar kedua terbuka dan boleh terus berjalan ke pagar P6.

Iz teringat video di TikTok. Kata seorang manusia ni, pagar KLIA2 sangatlah jauh. Jauh dia tu macam dari KTM Putra ke PWTC (Iz bayangkan jarak perjalanan pesta buku aje la. Haha) Ulang alik. Bukan sehala ya. Siap turun tangga bergerak lagi. Carilah lorong P dan pagar 6. Seingat Iz dari pagar yang pegawai periksa beg sampai ke sekatan pertama dalam 30 minit lebih. Iz berjalan dengan mak Iz. Adik Iz dia gerak awal. Tahap keyakinan dia tu rasanya tahap lima. Acik mula-mula jalan laju tapi makin lama makin perlahan bila terasa jauhnya.

Sampailah dekat kawasan pemeriksaan kawalan keselamatan. Pengawal yang bertugas kata pintu belum buka lagi. Pukul 3.30 pagi baru buka. Nek Cik dari jauh sudah menjerit suruh masuk terus ke pagar 6. Jauh lagi katanya. Dialah yang turun nak letak beg atas mesin pengimbas. Iz tengok muka pengawal ketat sungguh. Jam baru pukul 2.00 pagi. Jangan cakap nak bergaduh dekat sini pula. Akhirnya, Nek Cik mengalah tapi dia ajak jemaah yang rapat dengan dia duduk berbaris. Iz dan anggota keluarga menunggu di atas. Duduk ramai-ramai. Ramai yang tidur. Kesian dekat orang berumur. Tenaga habis untuk menunggu saja. 

Iz suruh mak Iz baring dan tidur sekejap. Mata Iz merah dah. Penat. Penat fizikal Iz tak kisah sangat. Ini penat mental dengan Nek Cik yang baiknya nga ada obat. Acik pun tidur sekejap. Adik Iz tak suruh tidur pun dah tidur dah dia. Dasar tembikai. 

Pagar dah dibuka. Ramai-ramai serbu kawasan pemeriksaan kawalan keselamatan. Iz biarkan jemaah agensi dan negara lain serbu dulu. Bagi mak Iz bertenang. Kami santai ya. Pergi tandas dan surau ambil wuduk. Bila dah lengang sedikit, Nek Cik gesa suruh cepat. Dia boleh kata pergi tandas lepas semak beg semua. Hati Iz sangatlah berat nak dengar arahan dia. Sekali lepas buat pemeriksaan beg dan badan, ramai beratur pergi tandas. Sudahlah beratur tu mahu 30 minit lebih. Air Asia X ni kan besar.

Barisan Iz ni ada saja masalah. Orang luar negara sibuk bawa barang terlarang. Jemaah grup Iz pula bawa sebotol spray F** (Benda ni boikot. Malas taip) dan gunting letak di beg kabin. Iz geleng saja. Dua objek kena ambil. Yang F** tu mana ada 100ml. 370ml gais. Acik pun kena rampas losyen Mustajab. Aduhai. Kenapa tak tanya Iz dulu. Sedih acik.

Selesai pemeriksaan, dekat sini kalian boleh isi air botol untuk bawa masuk ke dalam kapal terbang. Air panas ada juga dekat tepi tandas. Percuma. Adik Iz nak isi air dalam botol sembur untuk wuduk. Pergilah dia ke tandas. Mak Iz nak tunggu. Aih. Mak Iz nak tunggu adik Iz? Iz minta acik pergi dulu dengan mak Iz. Mengarutlah suruh tunggu. Sambil tu, Iz isi air dalam botol kosong yang Iz bawa. Kawan Iz pesan, air yang pihak penerbangan sediakan sedikit kuantitinya. Keluar saja adik Iz, kita orang terus pergi ke pagar 6. 

Ya. Beratur lagi. Entah berapa banyak barisan dibina umpama kubu pertahanan. Hairan Iz barisan apa pula ni? Lah. Imbas pas masuk. Tapi, seorang saja yang jaga. Apakah? Kekelakaran apakah ini? Tak jumpa kelakarnya dekat mana. Iz suruh adik Iz berdoa supaya ada seorang petugas datang imbas tiket. Makbul doanya lepas lima minit. Lepas imbas tiket, Iz ingat mak Iz dan acik dah masuk kapal terbang, sekali tengah duduk dekat kerusi tunggu Iz dan adik Iz. Ya Allah omak den. Bega!

Jam dah pukul 5.00 pagi. Beratur lagi nak masuk kapal terbang. Iz dapat kerusi tepi tingkap! Ya Allah! Seronoknya! Tapi tak seronok bila sebelah Iz ni, adik Iz. Dan kerusi awal pula ada jemaah perempuan. Iz kena tukar tempat dengan adik Iz. Adik Iz duduk tepi tingkap, Iz tengah-tengah, jemaah perempuan pula di tepi. Apa lagi, adik Iz pun memberlagaki dengan Iz. Dia tak sedar itu tempat Iz. Kalau bukan tempat Iz, entah dapat ke tak adik Iz merasa duduk tepi tingkap.

X x Air Asia
Ramai yang kata, ruang kaki Air Asia X ini sangat tak selesa. Ya. Iz setuju. Lebih mengharukan keadaan, jemaah sebelah Iz ni badannya besar. Iz bukan nak sindir tubuh apa. Ini kenyataan. Adik Iz pula malas diet. Maka, Iz terhimpit di tengah-tengah. Syukur Iz ni tubuh kecil. Cuma rusuk kirilah tak selamat kena siku dengan jemaah sebelah kiri Iz ni. Kan tempat rehat tangan kecil. Masak mat. 9 jam rusuk kena siku. Sakit? Sakit tu, sakit. Iz bersyukur Iz yang duduk tengah-tengah. Tak dapat bayangkan kalau mak Iz yang duduk tempat Iz. Badan mak Iz pula sedikit berisi. Mesti tak selesa. Biarlah Iz terseksa asalkan mak Iz selesa.

Beg kabin letak di atas kepala. Bukan kau orang junjung. Bukan bukan! Letak dekat kabin atas kepala. Pramugari akan tolong kalau tak sampai. Iz suruh adik Iz letakkan. Nampak dia berguna sikit. Haha! Beg sandang pula letak di bawah kerusi depan kau orang atau letak di kaki. Ikut mana selesa. Iz kekal pakai jaket labuh. Sejuk sikit.

5.30 pagi barulah kapal terbang berlepas. Macam mana rasa bila kapal terbang berlepas? Mula-mula rasa mengantuk sebab tak cukup tidur. Sepatutnya pukul 5.00 berlepas tapi lewat beberapa minit ini membuatkan rasa teruja semakin menipis. Kapten bawa burung besi ni berjalan-jalan. 10 ke 15 minit macam tu. Bila kapten suruh anak kapal ambil tempat, barulah terasa burung besi ni sebenarnya kapal terbang. Kipas kapal terbang bingit sungguh. Rupa-rupanya barisan tempat duduk Iz betul-betul nampak sayap kapal terbang.

Membelah awan
Laju kapten bawa kapal terbang sebelum naik ke langit. Terasa macam naik roller-coster. Atau nak rasa darat, macam bawa kereta pada kelajuan 280km/j ke atas. Memang tersandar sungguh dekat kerusi. Lagi-lagi masa kapal terbang mendongak naik ke langit. Masa tu la terimbau segala dosa pahala, hutang itu ini. Mak Iz mesti beristigfar panjang bila berlepas. Iz dengan adik Iz pula teruja. Rasa nak ulang lagi. Haha!

Tekanan udara bila naik akan mengganggu pendengaran. Adik Iz adu telinga tak dengar. Iz suruh dia telan air liur. Alhamdulillah, adik Iz tak pekak lama. Nampak tak kakak dia ni baik orangnya? Mana dia nampak. Dia rabun.

Iz dah ambil wuduk siap-siap sebelum pemeriksaan. Solat subuh di langit. Tapi bila masuk waktu subuh? Menuju ke barat. Tak ikut waktu Malaysia dah. Baru Iz tahu, waktu subuh di langit dalam kapal terbang yang berlepas sebelum subuh ni, waktu subuh masuk pukul 7.00 hingga 9.00 pagi. Iz tak ingat waktu tepat. Dalam lingkungan itulah waktu subuh.

Sepatutnya lepas kapal terbang dah berada di langit, makanan pertama akan dihidangkan. Tak sangka awal-awal perjalanan Allah bagi kejutan. Tiga kali bertembung dengan awan yang akan petir. Cahaya kilat tu boleh nampak dari tempat duduk walaupun awan tu jauh. Cuaca sedikit buruk. Kapal terbang sedikit terhuyung-hayang. Risau terhempas sebab cuaca buruk. Tapi Iz tak risau. Iz percaya Allah beri izin untuk kami semua tiba dengan selamat. Kami semua kan, tetamu yang Allah jemput.

Cuaca sedikit baik, barulah kami dihidangkan makanan. Sebelum makanan pertama diedar, pramugari akan minta pas masuk untuk rekod. Perut Iz sangat lapar. Kali terakhir makan masa di masjid KLIA tu. Rasa kurus sikit Iz mas ni. Haha! (Baca boleh, percaya jangan)

Nasi lemak panas dan sebotol air
Inilah makanan pertama Iz dalam kapal terbang selain gula-gula. Nasi Lemak Pak Naseer ni sedap. Terasa lemaknya. Sambal dia, Iz boleh makan. Alhamdulillah, kenyang. Nak makan dalam keadaan sempit ni, Iz terpaksa bongkok ke depan untuk suap. Tangan kiri Iz dah kena tahan. Syukur ada sudu. 

Nak membaca dalam keadaan yang sempit, sangat mustahil bagi Iz. Lebih baik Iz rehatkan mata. Kumpul semula tenaga. Pramugari jual minuman panas dan sejuk secara tiba-tiba. Adik Iz apa lagi, jadi antara pembeli. Dia beli air teh tarik panas. Harga RM10. Teh tarik segara dituang dengan air panas dalam cawan kertas. Bolehlah buat rasa-rasa.

Sedap dik? 
Muka adik Iz nampak pucat. Iz rasa dahi dia. Sedikit panas. Iz pantas bagi ubat paracetamol dua biji dekat adik Iz. Nasi lemak tadi tak habis makan. Mungkin sambal nasi lemak ada belacan. Adik Iz ada alahan pula. 

Jam berganti jam, tidur ayam-ayam, sudah tiba makanan kedua untuk dihidangkan. Cuma teka apakah menu makanan kedua kali ini? Ya. Tepat sekali. Nasi .... Jap. Iz lupa nama nasi ni.

Lulus
Nasi Beriani Ayam Bukhara. Sedap. Cukup rencah. Iz nak habiskan tapi tengok adik Iz berselera makan, Iz terbantut. Nasi lemak tadi dia tak habis makan. Mesti lapar lagi. Iz makan separuh dan sengaja tak habis. Tolak bekas nasi dekat adik Iz suruh habiskan. Dia tak tanya tak apa ke apa-apa ke apa, terus ngap aje weh. Dasar pencinta makanan!

Seingat Iz, ustaz kata bila dah makan makanan kedua, tak lama lagi nak masuk Arab Saudi. Rupa-rupanya, lagi sejam lebih baru sampai. Mak Iz dah penat duduk. Acik masih santai. Masa adik Iz pergi tandaslah baru selesa Iz nak renggangkan tangan. Kan rusuk kiri Iz kena siku. Sempat Iz tangkap gambar.

Kerajaan Arab Saudi
Pertama kali melihat pemandangan seperti ini. Memukau dalam keanehan. Tiba-tiba, kapten buat pengumuman. Tak lama lagi sampai. Wah! Apa yang Iz buat bila kapal terbang nak mendarat? Ha. Tunggu.

Iz akan sambung dalam siaran seterusnya. Panjang sangat ni. Haha! Terima kasih sudi baca! 

Bahagian 5: Passport dicap, imbas beg Imigresen Arab Saudi, kad sim Arab Saudi, pemandangan, RnR, hotel

Bahagian 3: Pengalaman mengerjakan umrah pada musim sejuk

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang ♥

Untuk makluman kalian, 

Bahagian 1: Persediaan sebelum daftar pakej umrah + passport

Bahagian 2: Persediaan fizikal, visa umrah, vaksin umrah, pil tahan haid, senarai ubat, Nusuk

Jika ada antara kalian belum baca dua bahagia yang Iz nyatakan di atas, jemputlah baca. Tak ada peperiksaan di hujung siaran. Jangan risau.

Baiklah. Bahagian 3 ni Iz akan fokus kepada persiapan barangan. Dari sebesar-besar barang ke kecil-kecil barang. Insya-Allah terperinci. Ini berdasarkan pengalaman Iz sepanjang mengerjakan umrah pada musim sejuk. Jadi, sekiranya ada bakal jemaah yang akan pergi pada musim panas, boleh tukar mana yang perlu. 

Setiap jemaah yang berdaftar dengan mana-mana agensi umrah akan dibekalkan tiga beg. Jangan tanya Iz saiz beg-beg tu. Haha. Sebelum susun-susun barang, mari Iz kenalkan kepada kalian tiga jenis beg yang bakal kalian heret. 

Beg 1: Beg sandang

Beg 2: Beg kabin 

Bag 3: Beg kargo 

Ketiga-tiga beg ni, ada syarat yang tersendiri. Penerbangan umrah pertama kali ini, Iz naik Air Asia X. Lain penerbangan, lain syarat berat beg. Maka, Iz akan fokus untuk penerbangan menggunakan Air Asia X sahaja. Alang-alang tu, Iz senaraikan apa yang Iz bubuh dalam setiap beg. Pakej yang Iz daftar ni 12 hari. Sehari perjalanan pergi dari Malaysia ke Arab Saudi, 10 hari di Arab Saudi dan perjalanan pulang dari Arab Saudi ke Malaysia. Jumlahnya 12 hari.

Untuk beg sandang, Iz letak:

  1. Passport (Lipat salinan cetakan visa umrah ngam-ngam dalam passport)
  2. Kad vaksin/kuning
  3. Powerbank 10,000 mAh (Mesti tak lebih daripada 20,000 mAh)
  4. Beg dompet (Duit riyal dan duit ringgit)
  5. Buku panduan umrah (Agensi bekal atau beli sendiri)
  6. Buku doa tulisan sendiri
  7. Pen hitam (Dakwat kering)
  8. Gula-gula cloud 9 lemon iced tea (Buat hilang habitat kebosanan. Beli di Eco Shop)
  9. Kabel USB Type-C 
  10. Botol kosong (Lepas pemeriksaan kawalan keselamatan, boleh isi air sebelum masuk pesawat)
  11. Earphone (Langsung tak pakai sepanjang perjalanan ke Madinah)
  12. Sepapan ubat paracetamol 
  13. Inhaler cengkih (Hidung Iz sensitif terhadap bau-bauan)
  14. Tasbih digital
  15. Tisu poket (Royal Gold, 50 helai, 3 lapis)
  16. Satu pek pelitup muka hijab (Iz beli yang lipatan kat tengah. Bukan yang medical facemask)
  17. Kaca mata hitam (Menjaga silau mata)
  18. Pantyliner x 3 (Tukar tiap kali singgah tempat sebelum solat)
  19. Cosmoderm HydraSoothe Face Mist 50ml (Pengganti pelembap muka)
  20. Oil Control Film (Malas cuci muka)
  21. Pelembap bibir mesra ihram
  22. Telefon pintar (Iz bawa dua unit. Satu untuk WhatsApp. Satu lagi untuk rakam memori)

Nampak macam banyak. Semua barang di atas kecil-kecil sahaja. Muat dalam beg sandang yang saiz kecil. Kalau boleh masukkan tikar sejadah, lama dah Iz masukkan. Tapi kecil sekadar cukup untuk masuk ke dalam pesawat. Iz selit juga botol spray wuduk tapi tak guna pun. Iz guna adik punya. Haha.

al-Quran? Iz tak bawa? Tak. Iz guna al-Quran digital. Boleh muat turun dekat Google Play. Al-Qur'an Melayu. Mungkin, jemaah lain tak bawa sebab dekat Madinah dan Mekah sana, banyak al-Quran disediakan. Iz tak bawa sebab risau terbawa masuk sekali al-Quran masa masuk tandas. Rasa kurang ajar. 

Untuk beg kabin Air Asia X, boleh bawa dua beg kabin tetapi mesti tak lebih dari 7kg kedua-duanya. Boleh Google untuk maklumat lanjut.

Apa yang pasti, beg kabin tak boleh bawa cecair, gel dan aerosol lebih daripada 100ml dan alat tajam. Kalau lebih, masukkan dalam beg kargo. Barang-barang yang tak pasti, masuk saja beg kargo. Jangan bawa dadah dan durian sudah.

Apa Iz bawa dalam beg kabin?

  1. Mi segera dalam cawan x 6 (Iz dan adik Iz punya)
  2. Makanan ringan untuk sabil (Rokka dan Choki-choki)
  3. Minuman segera (Aik Cheong Cappuccino dan jenama apa entah matcha latte beli di Eco Shop) 
  4. Beg galas banyak poket - hadiah hari jadi daripada kawan Iz ♥ (Sepasang telekung, tikar sejadah nipis, stoking, plastik, beberapa pantyliner dan pad. Tak galas masa check-in, malas
  5. Selipar (Mudah pergerakan ke masjid katanya tapi jadi selipar bilik air. Haha)

Tak banyak barang dalam beg kabin. Makanan ringan tu dah separuh beg kabin. Balik Mekah, beg Iz jadi mangsa sebab ada banyak ruang kekosongan seperti kosongnya hati Iz. Tsk.

Seterusnya!

Untuk beg kargo yang bakal ditelan oleh perut pesawat Air Asia X, beratnya mesti bawah 20kg. Penerbangan lain berat maksima 23kg. Bila tahu berat beg kargo untuk Air Asia X hanya dibenarkan 20kg, Iz rasa macam kelakar. Tak apa. Kita cuba.

Beg kargo yang agensi bagi ni sangatlah berat. Tak letak barang apa lagi, berat. Rasa beratnya dalam 2kg ke bawah. Sama macam beg kabin. Mungkin guna fabrik yang memberatkan lagi beg. Tak pasal-pasal jemaah kena kurangkan barang keperluan sebab beg berat dan saiz begnya sangat tak ramah mesra. Dasar lautan. 

Iz tengok senarai pakaian yang diperlukan untuk buat umrah dan di Madinah. Ada yang kata cukup saja bawa dua helai kepala telekung. Iz jem. Jadi, senarai pakaian dan kelengkapan yang Iz kongsikan ni berdasarkan pengalaman Iz dan kemalasan Iz.

Senarai pakaian untuk 9 hari dan umrah serta kegunaannya.

  1. Jubah x 4 helai (Material ringan dan warna gelap. Lebih efisien jubah berpoket)
  2. Jubah berseluar x sepasang (Untuk ziarah di luar Madinah. Iz lebih rela pakai jubah saja)
  3. Baju tidur x 2 pasang (Sepasang di Madinah dan sebaliknya. Ya. Tidur seminggu tu pakai baju tidur yang sama)
  4. T-shirt dan seluar biasa x sepasang (Balik dari masjid boleh bersantai atas katil)
  5. Inner lengan panjang x 4 helai (Dah pakai handsock takkan inner lengan panjang? Dah ini je inner yang Iz ada. Lagipun, ini gaya kebiasaan Iz. Lain orang, lain gaya)
  6. Sarung lengan hitam x 3 pasang (Iz beli yang pendek. Tutup separuh dari siku. Kan inner lengan panjang)
  7. Stoking hitam panjang dan tebal x 6 pasang (Bawa lebih) 
  8. Seluar legging sangkut tumit x 3 pasang (Pakai di Madinah. Bila pakai ni, tak terasa stoking pendek. Iz insecure. Haha!)
  9. Seluar jubah putih x 1 helai (Iz beli seluar jubah lelaki. Tak ada renda-renda. RM19.90 sehelai kat Mydin. Kalau yang perempuan punya, mahal. RM39 tak silap)
  10. Pakaian dalam bawa 8 set ke atas
  11. Anak tudung x 5 helai
  12. Kepala telekung x 3 helai (Telekung berkain dalam beg kabin)
  13. Telekung mini berpoket hitam x sehelai (Sangat sesuai bagi Iz yang rendah orangnya)
  14. Tudung sarung berdagu hitam x 2 helai (Boleh bawa solat terus, dah tutup dagu)
  15. Tudung bawal bidang 48 ke atas x 3 helai (Iz bawal lover)
  16. Tuala mandi ringan x sehelai (Iz sarankan fabrik microfibre. Ringan dan tak makan ruang)
  17. Jaket labuh yang nipis/kardigan lengan panjang x sehelai (Iz beli yang tak tebal sangat sebab dah pakai inner lengan panjang dan handsock) 

Pakaian khas untuk umrah pertama

  1. Jubah putih (Lebih seronok berpoket. Iz pocket lover. Ahaks!)
  2. Sarung lengan putih (Masa lambai arah Hajar Aswad, aurat bakal terdedah)
  3. Inner lengan panjang putih 
  4. Seluar jubah putih (Iz beli 2. Satu tuk umrah, satu tuk hari esok)
  5. Anak tudung putih
  6. Stoking hitam panjang dan tebal
  7. Kepala telekung putih
  8. Kasut tawaf bertapak (Kalau saiz kaki 37-38 dan kembang, beli 39-40. Selesa sikit)
  9. Tudung sarung putih berdagu (Untuk perjalanan dari Madinah ke Mekah. Sampai hotel, tukar kepada kepala telekung)
  10. Satu set pakaian dalam  

Kenapa Iz pakai legging? Kenapa tak pakai seluar jubah dekat Madinah? Beraninya!

Bagi Iz, bila dah pakai jubah dan sarung jaket labuh, tak terasa diperhatikan. Lagi-lagi Iz hanya duduk di kawasan solat perempuan sahaja, di Madinah. Tak solat di kawasan terbuka di luar kawasan perempuan. Lagipun, jubah Iz hitam dan warna gelap. Pakai pula jaket labuh yang tutup paha. Insya-Allah tak nampak apa. Iz tak butangkan jaket masa berjalan. Tak nak nampak bentuk badan. 

Oh ya. Percaya tak pakaian Iz ni orang sangka Iz ni orang India (yang cantik)? Haha! Weh. Orang Malaysia, Indonesia, majoriti pakai kepala telekung pergi masjid Nabawi tapi Iz tak pakai kepala telekung. Tudung sarung hitam berdagu. Bila solat, cantumkan butang jaket dan solat seperti biasa. Asal menutup aurat sudah. 

Baiklah, seterusnya barang keperluan yang nampak berguna untuk dibawa bersama. Adakah berguna? Mari kita lihat!

Senarai barang yang Iz bawa masa umrah.

  1. Berus gigi dan ubat gigi 
  2. Sabun mandi mesra ihram (Mahal~)
  3. Syampu mesra ihram (Pun mahal~)
  4. Pencuci muka Cosmoderm
  5. Smelly No More (Ubat ketiak. Tak ada wangian)
  6. Losyen badan mesra ihram (Pun mahal juga~)
  7. Minyak angin roller 
  8. Getah rambut x 2 gelung
  9. Keronsang x 5 biji
  10. Jarum peniti x 2 pasang 
  11. Pengetip kuku (Ini bawalah. Kuku mudah kotor)
  12. Gunting kecil (Untuk bertahalul)
  13. Plastik sampah (Konon untuk rendam baju. Alih-alih jadi plastik sampah sungguh)
  14. Travel hanger x 12 unit (Ya. Kita akan membasuh pakaian. Beg bagasi kecil dan berat menjadikan Iz rajin)
  15. Sabun cuci baju (Beli yang serbuk dan kecil)
  16. Sikat
  17. Cekak (Iz cekak lover)
  18. Penyepit rambut (Iz ... lover. Gigih nau taip sebiji-sebiji)
  19. Portable steamer iron (Kalau pakaian kalian semuanya jenis ironless, yang ini tak perlu bawa)
  20. Bekas makanan kosong berpenutup x 2 unit (Sangat berguna untuk tapau. Tunjuk bekas dan isyarat bagus dekat petugas bahagian kita, dia kasi. Elok cakaplah tapi Iz suka beri isyarat tangan. Haha)
  21. Sudu dan garpu plastik (Baik rembat dekat dewan makan. Plastik juga)
  22. Travel Universal Adaptor x 2 (Walaupun plug hotel 3-pin, kena pakai juga. Tak function plug mereka bila direct)
  23. USB Adaptor Charger (Kepala charger telefon)
  24. Wayar USB Type Micro (Untuk cas powerbank. Powerbank lama. Tsk)
  25. Payung (Kata mereka, musim sejuk kerap hujan. Noh, tak hujan langsung)
  26. Beg tote (Saja bawa tak sangka berguna. Haha)
  27. Beg lipat kabin (Pun saja bawa tak sangka berguna. Haha!)
  28. Kerusi bulat lipat (Berguna tapi dah rosak di Madinah. Adik Iz buat. Memang beli guna niat, 'Sahaja aku beli kerusi bulat lipat ni untuk mak kerana Allah Taala.')
  29. Tongkat lipat (Sangat berguna untuk mak Iz)
  30. Kain lap cermin mata
  31. Paket sos cili (Banyak Iz bawa tapi guna dua paket je)
  32. Kicap lemak manis (Bubuh dalam botol kecil. Guna separuh saja. Boleh telan makanan tanpa kicap)
  33. Pelitup muka berhijab x 1 paket lagi
  34. Tisu poket x 2 unit
  35. Pantyliner (Bawa separuh pek asli)
  36. Pad (Bawalah sedikit. Iz yakin tak datang haid. Haha)
  37. Tisu basah (Langsung tak pakai)
  38. Kasut tawaf baldu (Langsung tak pakai)
Rasanya, barang-barang untuk beg kargo tiga senarai di atas. Semuanya Iz susun dalam beg penyimpanan 7 dalam 1. Beg kargo yang Iz dapat, satu saja zipnya. Sekali buka, nampak semua isinya. Menyusahkan ya juga. Haha.

Iz tak pakai skincare ke? Tak. Ingat Iz rajin? Tahap kerajinan Iz sekadar cuci muka dan sembur face mist. Tu saja kerajinan yang Iz ada. Tapi tak pernah lupa pakai pelembap bibir sepanjang berada di Madinah. Kalian salah orang ni.

Beg-beg mak Iz dan adik Iz, Iz yang tapis. Mak tak mak, adik tak adik, dengar cakap Iz. Haha. Iz yakin kami berempat sebilik. Jadi, mana-mana barang tak muat, sumbat beg sesiapa. Macam kisah adik Iz ni, dia sangat yakin dengan barang-barang yang dia bawa. Apa kalian ingat Iz percaya dengan tahap keyakinan adik Iz? Tak.

Iz buka beg dia. Semua. Adik Iz mengamuk. Dia mengamuk, Iz lagi mengamuk. Tahulah lelaki mudah hidup. Tapi jangan ambil mudah. Banyak pakaian adik Iz yang Iz campak ke tepi. Sungguh, adik Iz tak puas hati. Jahatnya Iz ni. Benda boleh bincang elok-elok. Kenapa nak campak-campak?

Kena campak dulu. Kosongkan beg. Satu per satu pakaian adik Iz, Iz pegang dan tanya. Perlu ke benda ni? Bapak cerewat Iz ni. Haha. Mak Iz tak boleh masuk campur dalam hal ini. Ini antara Iz dan adik Iz. Benda boleh gaduh, buat apa bincang baik-baik? Iz paksa adik Iz bawa stoking. Madinah sejuk. Tak. Dia tak nak. Dekat Madinah, dia yang berterima kasih dengan Iz sebab pesan bawa stoking. Dasar terumbu karang.

Untung adik Iz dapat kakak macam Iz. Siap susun pakaian dia. Belikan seluar baru untuk dia. Tapi dia tak nampak yang Iz baik. Dia nampak Iz ni sebagai pesaing dia. Ini terajang satu kali syok ni. Ya Allah, Iz. Nak pergi umrah ni, jaga hati dan emosi. Adik tu boleh belasah lepas balik umrah nanti. Sabar, sabar.

Berat beg kabin paling berat pun 4kg. Beg kargo pula 16kg. Itu pun dah padat isinya. Macam manalah nak capai 20kg ni. Hm.

Lepas dah susun-susun, mangakan beg dengan manga kecil. Buatlah suatu tanda untuk membezakan beg kita dengan beg-beg jemaah lain. Pak cik Iz cadang guna pelekat berwarna kontra dengan warna beg. Iz tambah dengan riben bertulis 'Happy Birthday'. Paling mudah dikesan beg kita orang.

Kalian jangan ingat Iz akan bawa beg galas isi yang tadi saja. Tak. Lepas dah dapat bilik hotel, Iz keluarkan barang-barang yang Iz nak guna dekat masjid nanti. Nanti Iz akan cerita selagi memori Iz masih tersisa. Ada sedikit kisah sebelum berangkat. Sedia?

Lagi dua minggu sebelum berangkat, keluarga Iz dikejutkan dengan satu berita. Nanah di tangan ayah Iz berubah menjadi kuman. Risiko untuk menjalar amat tinggi. Ayah Iz terpaksa ditahan wad di Hospital Selayang untuk pembedahan mikro. Lagi syahdu ayah Iz ada kencing manis. Memang bahaya.

Walaupun ayah Iz boleh keluar dua hari sebelum berangkat ke Tanah Suci, abang Iz kata kemungkinan ayah Iz kena pergi hospital lagi untuk rawatan lanjut dalam tempoh sebulan. Bila tanya mak Iz, mak Iz asyik kata ayah Iz akan sihat dan boleh pergi. Mak Iz sangat yakin.

Iz dah berbincang dengan abang Iz untuk menarik diri ayah Iz dari umrah. Dalam masa yang sama, Sabtu minggu tu ada kursus umrah dekat masjid sekitar rumah. Mak Iz nak tanya dulu mutawif tentang ayah Iz. Hari tu, hari Rabu. Mak Iz nak tanya depan-depan katanya. Iz sangat rasa berat hati. 

Berat hati sebab sedih ayah Iz tak dapat pergi umrah. Mungkin Allah tahu kemampuan Iz untuk jaga tiga anggota keluarga sangat mustahil. Adik Iz pun ada ekzema tak boleh kena debu. Mak Iz begini, ayah Iz pula begitu. Allah bagi tugas menjaga ayah Iz dekat abang Iz. Haha. Yalah. Lepas pembedahan, kena buat dressing setiap dua hari di klinik. Dekat Tanah Arab, kita tak pasti berapa ongkosnya. 

Esoknya, pulang dari melawat ayah Iz di Hospital Selayang, sepanjang perjalanan pulang, mak Iz suarakan yang dia akan bertemu empat mata dengan staf Agensi Polka. Nak tanya lebih lanjut katanya. Jujurlah, siapa yang mampu bertenang bila seorang ahli keluarga tak dapat pergi umrah. Bukan pergi Melaka. Mak Iz tak habis-habis sebut nama acik. Nanti acik gantikan tempat ayah Iz. Sebut tapi tak bertindak apa. Sekadar lafaz niat. 

Saat ni, Iz terpaksa melangkah ke depan tanpa tunggu mak Iz. Iz maklumkan terus kepada staf Agensi Polka. Beritahu hal yang sebenar. Kau orang tahu tak, Iz rasa macam anak derhaka saja bila buat macam ni tapi terpaksa. Tak semua perkara kita kena tunggu kata putus bila masa semakin suntuk. Staf Agensi Polka terus telefon Iz. Syukur Iz beritahu hari Khamis. Nama-nama jemaah, ibu pejabat belum serahkan kepada pihak penerbangan. Syukur!

Staf Agensi Polka minta butiran pengganti jemaah dalam kadar yang sangat tersangat paling segera hari itu juga. Mak Iz dah cemas. Langsung tak relaks. Risau, takut, cemas semuanya bersatu. Abang Iz cemas juga. Iz terus telefon ayah Iz guna telefon mak Iz beritahu yang tempat ayah Iz akan digantikan dengan acik. Ayah Iz sedih dah. Iz matikan panggilan dan terus telefon acik, adik mak Iz, minta passport itu ini. Passport acik luput. Dugaan.

Mak Iz cuba minta tempoh. Minta Iz kautim dengan staf tu untuk hantar esok. Hari Jumaat pejabat akan tutup pada 12.30 tengah hari. Staf kata okey. Alhamdulillah. Mula dari sini, Iz tolong acik siapkan segala dokumen sampai ke daftar Nusuk. Syukur acik tak terikat kerja dengan sesiapa. Bebas ke mana-mana. Tabik dekat acik mampu siapkan segala kelengkapan umrah kurang seminggu. 

Bayangkan kalau Iz ikut kata hati mak Iz untuk bertemu dua puluh biji mata dengan staf Agensi Polka. Mesti terbakar duit pakej umrah yang dah bayar atau dapat dikembalikan separuh saja. Rugi.

Iz sangat berkebolehan kerja bawah tekanan, selesaikan masalah yang mengarut, dengan syarat, tolong percayakan Iz. Keputusan Iz memang kejam tapi itu yang terbaik untuk semua orang. 

Itu saja untuk bahagian 3. Maaf macam emosi pula perkongsian ni. Iz sangat terusik bila uruskan masalah ini dan dalam masa yang sama, kawan-kawan Iz meronta-ronta nak ikut juga. Bukan sorang saja, ramai. Itu Iz palau. Tak kena masa dan tak jumpa kelakarnya. Maaflah Iz layan kalian begitu. Padan muka. Haha!

Siaran kali ni tiada gambar. Kenapa? Kerana ...

Siaran seterusnya banyak gambar yang bakal Iz kongsikan. Insya-Allah. Mana-mana benda yang karut lagi marut, ayat kesat lagi kasar, Iz minta maaf.

Kita jumpa di bahagian 4 nanti!

Bahagian 4: Duit riyal, roaming Internet, imbas passport, pemeriksaan kawalan keselamatan, isi air botol, imbas pas masuk, waktu subuh, makanan dan minuman