Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang ;D

Sekolah selepas beraya sakan


Raya je kerja kau ni.. insaflah wei! PMR is coming! #eceh speaking nampak ^^
Macam mana result trial? Awesome tak? Iz punya result awesome! lagi-lagi bahasa yang Iz anti sangat yakni English. Percaya tak Iz dapat A? Sukar untuk dipercayai! XD 

Result kali Iz cakap agak teruklah.. kot.. hehehe.. paling rendah 60.. isk3.. tahniah kepada sesiapa yang dapat A banyak.. yang A dia tak banyak macam Iz study smart jangan study short cut! :D

Lepas trial, kelas Iz berubah tempat duduk. Iz duduk belakang budak laki. Ketua kelas dan SAZ #Soon. Ash & Zack# woo.. boleh pecah kepala. Dia orang ni suka sakat Iz. Mentang-mentanglah Iz ni KECIK dari dia orang senang-senang je sakat orang! Wey bro! Wa tak takutlah sama lu! Apa bikin! XD

Hari ni Iz hampir terbaling botol air dekat Soon sebab mulut dia pergh.. nak kena kisar sama itu cili wowh! Geram.. geram.. >//..<

Cerita pasal result sudah, pasal SAZ sudah sekarang pasal aktiviti terbaru Iz! Apa dia? Nak tahu juga! XD


Wah, sejak bila pula Iz minat menjahit ni? Semalam? Kelmarin? Mimpi apa? XD 
Iz mula berminat menjahit-jahit ni setelah terlihat satu video ini. Cara buatnya amatlah mudah tapi bahannya amatlah sukar dicari. Betul, dekat dunia tbr pun kain nak cari pun susah. Kain untuk buat benda tu lah. Tapi apa nak sebut ek benda tu? Any idea? hehehe.. reti buat tapi tak reti sebut :P 

Minggu ni Iz kena cari stok kain tu. Ha kain tu namanya kain. evaform? evafrom? ah.. tapi yang pastinya ada eva.. XD

Peace yaw man~

Raya di kampung?

Seronok raya? Dapat duit raya tak? Usha sikit.. hehehe..
Iz balik kampung masa bila ek? #lupa seketika# ha! masa puasa hari Jumaat macam tulah. Tapi sebelum bertolak balik kampung.. Iz dapat surat! Ok, ini bukan daripada PTS lagi tapi daripada si dia. #hish.. malu-malu# 

Wah.... dapat surat!!! aku ada kau ada? :P 
Iz tengok tulisan tu macam tulisan perempuan tapi yang sebenarnya tulisan dia. Kemas.. Cantik pula tu.. kalah aku ><
Ni isinya..

Comelkan kad raya tu.. aku punya! hehehe. Kena balas surat ni kalau tak nanti dia merajuk eceh.. hahaha
Raya pertama tak de cerita best. Post gambar jelah :)


perbezaan yang teramat ketara
Ok, Iz ada satu cerita pada ketika petang itu. Iz dengan sepupu Iz pergi beraya rumah manusia ni. Ada mamat tu daalam 20-an asyik pandang kita orang je. Sakit mata kot. Kasihan. Rumah orang ni pula ada mamat dalam form 1 tak senang duduk tengok kita orang datang. Kita orang datang cuma kutip duit raya je. Yang menggelabah tak tentu pasal ni kenapa? XD

Tapi yang bestnya malam raya ketiga tu kami sekeluarga buat BBQ! :D
Raya-raya pun buat BBQ.. tak patut...:D

Yang teramat sedih lagi sedih semasa pergi Kiara Square. Duit raya Iz habis di sana. Yahoo!!! TT^TT Iz borong satu bangunan ke? Tak adalah.. Iz beli ni je..


Hehehe.. bazir duit je.. eh tak.. best pe sebab malam-malam boleh tengok YouTube! :D tak ada gangguan! hehehe.. Jap.. macam mana dengan telefon lama Iz?

telefon ni ke?


Still guna lagi. Wah tamaklah kau! Hehehe..
Maknanya Iz ada 4 biji telefon! Hahahah.. XD 
1) Nokia yang kuno tu
2) Telefon Orange #ni konfem kau orang tak tahu sebab tak pernah jumpa.
3) Samsung Champ
4) Samsung Corby 2 

Tamak.. tamak.. tamak.. Isk3..
Iz nak kumpul beli .. dah. dah.. taubatlah sekejap Iz oi! Membazir je kerja hang! Simpanlah! Hehehe..
Peace yaw! 

Selamat Hari Raya~

Dikesempatan ni Iz nak ucapkan SHR kepada semua warga-wargi yang Iz kenal. Warga-wargi? Er hehehe.
Iz listkan golongan-golongan yang patut Iz senaraikan.

1) Family
2) Kawan-kawan
3) Cikgu-cikgu
4) Dia

1) Family
Iz nak minta maaf banyak sangat2 sebab selalu buat hal dalam rumah. Selalu sakat Udin dengan Iwan. Selalu  selalu selalu......... #tiada noktah
Iz harap hang pa semua maafkan Iz kalau tak Iz buat hal lagi :P

2) Kawan-kawan
Iz tahu sepanjang hidup Iz selalu buat hal dan lain-lain. Tapi ingat Iz buat semua ni sebab Iz sayang kau orang. Iz tak pernah dapat kawan macam kau orang. Kau orang pun 2 x 5. Kenapa suka sangat sakat Iz? Apa salah Iz? TT^TT Iz tahu badan Iz kecik tapi ingat Iz ni dah FORM 3! bukan tahun 3 bhai. Iz harap tahun ni kita buat konvoi macam tahun lepas naik kereta berhimpit-himpit, lalu jalan yang jauh bebenar XD Iz nak buat satu lagi kenangan sebab tahun depan maybe tak boleh jumpa. Seorang dekat MRSM seorang dekat V seorang dekat Teknik seorang dekat Bangladesh XD Iz nak minta maaf kalau kau orang ada terasa dengan kata-kata Iz. Iz tahu mulut Iz ni laser. Laser? Fuyoo. Iz harap persahabatan antara kita berkekalan :) SHR~Jangan lupa datang raya rumah Iz kalau tak nahas Iz kerjakan XD

3) Cikgu-cikgu
Wahai cikgu, terima kasih #tiru gaya mee sedap~# kerana sudi memberikan ilmu yang kaw-kaw kepada Iz sekelas. Tanpa cikgu siapalah kami. Iz harap cikgu halalkan ilmu yang cikgu turunkan kepada kami agar PMR nanti senang nak jawab. SHR

4) Dia
Wahai dia, walaupun harapan nak sambut raya amatlah tipis sekali, tapi jangan lupa Iz selalu ingatkan dia. Walaupun tak dapat tengok Iz pakai baju raya, Iz kirim dekat adik dia tau. Jangan nangis-nangis PMR lepas raya. Buat betul2. Nak masuk MRSMkan? buat betul-betul. Iz minta maaf sebab sepanjang kita kenal Iz selalu buat hal sampai kes toreh tangan. Iz minta maaf sangat-sangat. Iz bersalah. bak duit raya hehehe. 

Kenapa?


Berikan 10 ALASAN kenapa Iz ni suka disakat oleh orang yang bergelar lelaki?
Kenapa Iz jadi mangsa sakat? Apa salah Iz? TT^TT

Semalam Soon cari pasal dengan Iz. Apa puncanya Iz lupa tapi yang best Iz baling kertas pe entah dekat muka Soon. Masa tu semua budak laki lepak dekat belakang ada yang ternampak. Iz hampir terbaling bekas pensel/pen/pembaris/ #ngarut plak# dekat Soon. Nasib baik tak jadi. Fiuh....

Masa balik Iz tunggu dua mamat ni suruh bagi balik beg merah kebabom mak Iz. Takut nanti bising mak Iz tu. Kawan Iz macam saja je halang Iz jalan. Buat road block plak. Iz rempuhlah alih-alih Zul Amri tengah terpacak macam tiang bendera negeri mana entah sambil menghulurkan beg kertas Iz. Iz ambil jelah tiba-tiba.

Ya, dan tiba-tiba Zul Fiqar yang Iz tak perasan akan kewujudannya bersuara. 
"Kan sweet" kata manusia yang baik lagi berhati mulia itu.
Pergh!!! Panas hati Iz, rasa nak je sepak-sepak dia tu. Iz sipi je lagi nak sepak dia time dia toleh belakang tapi tak tahu kenapa berhenti. Kenapa?

Esoknya Iz dapat mesej daripada Zul Amri. bla bla bla tiba-tiba dia ungkit pasal semalam. Dia suruh Iz jadi perempuan. Apa dia ingat Iz ni lelaki ke? Huish. Panas beb! Iz siap susun ayat kasi cantik balas dekat dia.

Indah sungguh kata-kata tuan hamba. Tuan hamba nak pelempang tak? Free je tak perlu bayar. Ikhlas ni.
Ambik kau ayat aku! ><

Bagi kau oranglah Iz ni garang sangat atau kecik sangat sebab senang jadi mangsa. Oh dunia.

Bingo!


Bingo? Siapa tahu main? Jom main! XD
Mimpi apa Iz cerita pasal bingo ni? Alkisah..

Hari ini Iz rasa macam tak sekolah sebab tak belajar, so Iz pakat Soon, Zack, Ash dan Yugi main BINGO! Tapi Zack tak main sebab entahlah apa masalah dia tak tahulah XD 
Masa rehat sudah bermula, kertas kajang Iz jadi mangsa. 

Masa turn Iz..
Soon: Husna, cepat ar turn kau!
Zack: Wey, nombor 24 nombor bertuah.
Yugi: Cepatlah
Ash: Suka hati kau nak nombor pe asalkan jalan.
Iz: Bising ar korang ni! yelah 24! Ambik kau!
Ash. Yugi & Soon: Bingo!
Zack: Hahahaha!
Iz: Tak adil!!!!! TT^TT

 Sakit hati Iz dengan dia orang berempat! ><
Tiba-tiba Soon cari pasal dengan Iz. Rasa nak je baling barang dekat dia! Zack pun sama! Apasallah kau orang ni suka sangat sakat aku? TT^TT

Berbuka puasa di Sk

Berbuka puasa di Sk Iz cakap terus terang memang tak best! Kenapa? Sebabnya adalah. Semalam pergi Sk. Macam orang gila kot tunggu member datang. 30 minit telah berlalu. Syeera datang! Tapi, tak layan aku TT^TT. 10 minit kemudian. Fie datang! Tapi tak layan aku TT^TT. 8 minit kemudian. Wan datang! Tapi, tak layan aku TT^TT. Cuma hye hye bye bye je.. ><

Lepas berbuka solat maghrib. Iz abc mana leh solat. Makan je kerja. Dah bosan makan layan Fie, Wan dengan adik Fie. Korea aje memanjang ><

Dah tu dia orang blah Iz tolong mak Iz bersihkan meja. Sedang bersihkan meja Iz terpandang satu bekas makanan yang dipenuhi dengan Takoyaki! Wah!!! Best!!! 


Takoyaki tu makanan Jepun! Ni di bawah pengaruh abang Iz yang Otaku. Sedap!! Isi sotong! :D Apa lagi Iz santap satu bekas tu. Tinggalkan sedikit untuk abang Iz takut kepunan nanti XD

Dah tu acara paling Iz tunggu macam tahun lepas. Guru besar bagi duit raya. Iz pantang dengar duit raya! XD Tunggu punya tunggu last-last sampai umur 13 tahun je! Sedih siot! TT^TT Menyesal ikut! >< Alih-alih mak Iz suruh kemas meja. Huhuhu.. duit raya!!! TT^TT 

#Badan kecik senang dapat duit raya! wot! wot! :D

Malam yang sunyi..

 Warning: Post jiwang!

Mulai dua bulan ni sampai habis PMR, Iz terpaksa berpisah dengan dia. Dia? Siapa dia? Ehem2lah.. 
Malam tadi entah kenapa dia touching sangat, Iz rasa bersalah sangat. Sampai ada mesej dari adik dia habak jangan mesej lagi. Sedih wowh.. tak akanlah sebab cemburu jadi macam tu sekali? 

Sampai ketika itu..

Bbbbzzzzzz.. getaran dari telefon.
Misscalll dari dia..
Iz rasa mak dia sebab malam tadi dia kata mak dia rampas telefon. 
Bbbzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.. Iz terpaksa jawab sebab rasa tak sedap hati. Apakah kali ini..
Iz pun jawab panggilan tu.. Dia rupanya ingatkan mak dia... Dan mulalah bercerita.. 

Tiba-tiba dia suruh Iz menyanyi, Iz? Menyanyi? Jangan harap. Iz ambil keyboard mainan adik mainkan satu lagu Carta Hati khas untuk dia. Lepas tu lagu Happy Birthday #birthday dia dah lama lepas baru nak mainkan lagu sedihnya TT^TT, ni sebab faktor kesihatan# dia nangis.. alololololo.... Janganlah nangis nanti tak nak kawan. 

Malam ni sunyilah.. sebelum habis call dia sempat suruh tadah tangan. Berdoa agar Iz sentiasa terhindar daripada kemungkaran, benda jahat, diberi perlindungan, ya Allah sweetnya balak aku ni.. :') 

Oklah Iz kasi kau orang tengok gambar dia, maklumlah ramai tak tahu siapa orang tu..


Jangan tengok lama-lama.. hehehe.. 
Dear Amz, buat trial PMR tu elok2.. pastikan dapat A. Kalau tak dapat tak nak kawan :P :)

Surat?!


Surat? Surat apa? Ehem.. ehem.. hahaha.. lawak je semalam.. best! 
Kecoh facebook jap XD

Kepada;
Dia yang istimewa
......
Ikhlas daripada:
Kawan baru
Siapa?

Tak ke gempak ayat tu? XD Bestlah kenakan dia orang! 

Maaf kerana mengambil masa yang panjang bagi menghantar hadiah ini kepada awak.
#Isi surat tu.

Surat ini dicetak oleh komputer yang sangat canggih dan tidak memerlukan tandatangan. 
#Isi surat tadi tu

haha., jiwang karat je! 

Sebenarnya surat tu datang daripada PTS untuk kali ketiga! :D 
Berita ini terus Iz sampaikan kepada ehem2.. #kantoi!

Macam biasalah cemburu.. Cemburu? Iz kata Iz dapat surat c**** daripada someone, apa lagi dia.. mulalah.. tak pasal-pasal Iz kena minta maaf.. Gurau jelah #secret#.. Janganlah touching2 tak nak kawan nanti hehehe #gatai noh! XD

Makin lama makin menggila!


Huahhh!!!! kenapa? kenapa? TTT O TTT
Si Alien tu kenapa tak faham bahasa? huhuhuhuh TT^TT 

Hari ini Iz lewat sikit.. LEWAT SIKIT pun dia tunggu! ><
Nasib baik ada Aqila. Kalau tak dengan kereta aku campak dekat dia! #Er.. mampu ke?
Masuklah ke sekolah seperti biasa, sambil menumbuk-numbuk tangan. Geram! 

Kriinggg!!! masuk kelas! #tipu je ni#

Masa exam agama sudah bermula, tiba-tiba habis #ngarut je kot!# 
Ajak Yugita pergi tandas. Jumpa Nasuha dan Syieda! kawan! Hello! :D
Masa balik ke kelas. Alien dengan bala tentera dia dekat luar kelas. Geraaammmmm!!!!!!
Iz pun lalu bagai nak rak. Yugita kata dia tengok Iz dari atas sampai bawah. Apa kau ingat aku ni model jalanan ke? Belasah mahu?

Ya Allah,, sakitnya hati aku. Tak apa tahun depan sekolah lain! Awesome! :D

Cara nak buat banner blog Part 2

First step:
Log in Blog terus ke HTML/Javascript
Copy Code ini:

<center>
<img style="width: 167px; height: 157px;" src="URL BANNER KORANG" />
<center>Ayam campur itik makan</center>

<textarea cols="13" rows="3" style="text-align: center;"><a href="LINK URL BLOG KORANG/"><img src="URL BANNER KORANG" /></a></textarea></center>

Yang warna kuning tu untuk saiz kotak code untuk dicopy
Yang warna merah tu Code/ Url Banner kau orang.
Yang warna coklat tu ayat-ayat jiwang karat kau orang.
Yang warna biru tu Url Blog kau orang

Preview dulu. Kalau ada code terbabas pergi tengok balik edit sikit-sikit. Jangan edit semua! Mati wowh! Hahaha.. 
Dah siap? Save! 

kredit to:
Akak Amirah
Akak Lyssa

Cara nak buat banner blog part 1

Banner? Macam ni 
Oh lupa.. lupa.. Iz buat tuto ni ada dua budak perempuan yang Iz kenal minta ajar. So, peralatan yang kau orang perlukan adalah:
1) Photoscape
2) Photobucket
3) Kesabaran :)

1) Photoscape
Kalau tak ada download, cari dekat pakcik google je :)

First step:

Edit gambar. Bagi pengguna baharu #ayat baku mai!# kau orang tekan Editor. Lepas tu nanti keluarlah macam atas tu. Pilih gambar disebelah kiri. Dah pilih senyum :). Sebelum tu kau orang kena resize. Tekan Menu. Klik resize, buangkan tanda right kecik tu. Width dan Height mesti 250. 

Kalau kau orang tengok banner Iz banyak tulisan keluar, sebenarnya Iz letak banyak gambar, kalau nak tambah star-star kecik tu klik Object. Lepas tu klik button yang bentuk hati. Nanti keluarlah bagai-bagai. Pilih yang mana anda suka.

Tulisan/ Font, klik huruf T. Try belek-belek. Tapi ingat tulisan tu semestinya kecik macam semut dan besar macam gajah. Senang cerita ngam-ngam! 

Kalau nak banner yang AWESOME, buatlah banyak gambar! :)
Save gambar-gambar tersebut dalam format *.jpg

Second step:

Klik Animated GIF dekat atas. Letakkan gambar yang kau orang edit dekat ruang kosong tu. Change time button. Tu kalau nak kasi kau orang punya banner lembab lebihkan masa ke 60 ke atas. Kalau tak nak jangan usik nanti dia merajuk :P

Dah siap tekan button save dekat belah atas yang button Save. Automatik banner kau orang save dalam bentuk *.gif . Senangkan? Senyum :)

Third step:

Pergi ke Photobucket bukannya Photoshop! #Salah Iz tu! Malu wo!# Sign Up. Upload banner kau orang dengan muka yang manis :) Lepas upload tu nanti ada View Album. Klik situ. Wah.. ada tak? ada kan? Bagus. Nak copy code dia macam ni. 

 

Code tu nak letak mana? Sabar ek.. 

<a href="http://s301.photobucket.com/albums/nn46/cuttysakura93/All%20about%20BLOG/?action=view&amp;current=anigif.gif" target="_blank"><img src="http://i301.photobucket.com/albums/nn46/cuttysakura93/All%20about%20BLOG/anigif.gif" border="0" alt="Photobucket"></a>

#Yang biru tu Code Banner kau orang ada faham? 
Tapi! Code banner blog tak ada lagi! Sila ke Part 2

Ubah warna Highlight

Apakah? Cer kau orang highlight text dalam post ni. Apa sudah jadi? Biru! 
Ini request dari Haswan.

Berikut adalah cara-cara untuk meletakkan alat magik itu.
First!
Log In > Design > Edit HTML

Second!
cari a:link { 
#macam mana nak cari? 
tekan F3!

Third!
copy code ni!

::-moz-selection {
background:#EF0E91;
color:#FFFFFF;
}

::selection {
background:#EF0E91;
color:#FFFFFF;
}

pastekan code ini di atas/sebelum a:link {
warna purple: warna background/highlight
warna biru: warna pada tulisan/font
kau orang cari code warna yang best-best dekat sini

dah siap! cer usha kejap.. jadi tak? kalau tak jadi den tak tahu nak tolong :)
kredit to: bicarafarah

Zul Amri VS Izhs!


VS? Coming soon? Apakah? 
Alkisah, petang tadi Iz balas mesej Zul Amri.
Zul Amri: Kau makan apa?
Izhs: Aku makan makanan!
Zul Amri: Hoi2. Lawaklah tu.
Izhs: Aku makan #secret#
Zul Amri: Sedap ke?
Izhs: Mestilah!
Zul Amri: Entah2 rasa..
Izhs: Rasa pe?
Zul Amri: Rasa macam..
Izhs: Macam pe?
Zul Amri: Macam aku buat. Haha.
Izhs: Takkanlah..
Zul Amri: Ya kot. Mungkin kurang sikit kesedapan #secret# kau dari aku punya. Haha
Izhs: Kau!!! Jangan komen sebarang komen sebelum kau rasa masakan aku!
Zul Amri: Lepas raya aku nak rasa. Ok?
Izhs: Ok.
Zul Amri: Kau nak masak pe?
Izhs: Kek coklat. Masakan agung aku.
Zul Amri: Ok, aku masak kek pelangi.
Izhs: Kita lawan, siapa pengadil?
Zul Amri: Entah, akulah.
Izhs: Eh.. Tak adil! Suruh Zul Fiqar ar. Kalau kau nanti kau yang menang.
Zul Amri: Haha, Fiqar? Ok jeh. #mesti Fiqar berpihak kat aku. Haha
Izhs: Eh.. tak adanye!
Zul Amri: Ok ah, Habislah kau. Kalah punya.
Izhs: Bila lawan? Nk lepas PMR ke pe?
Zul Amri: Lepas raya.
Izhs: Ok. siapa menang dapat pe?
Zul Amri: Menng dapat makan kek.
Izhs: Pergh! Cayalah!
Zul Amri: Haha. Deal?
Izhs: Deal.

Maknanya, lepas raya Iz kena masak! Kek coklat! Macam tahun lepas pula. Tiba-tiba je buat pertandingan masak kek. Apa da..

Kalau kau orang sokong mana? Zul Amri atau Iz? hehehe..
#Aku akan buktikan yang kek coklat aku sedap daripada kek pelangi kau! XD

Trial + Alien = Crazy!

Semua budak form 3 di Selangor happy! sebab trial pmr! Aku ada kau ada? XD
Hari ini first day trial. Sedang Iz berjalan menuruni tangga yang cute lagi miut itu tiba-tiba..
Oh tidak! Alien!

Lepak dekat bustop! Dia dengan bala tentera duk situ maih! Duk usha-usha macam orang gila! Eeeeiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Geeeeerrrrrrrrrraaaaaaaammmmmmmmm!!!!!!!!!!!!!!!
Iz perah otak nak jalan laju tapi!!
Angkatan tentera beserta alien jalan depan Iz! Benci! TT^TT
Time jalan duk toleh belakang. Iz terpaksa slow down macam kereta tak cukup minyak. ><
Saja je "musuh-musuh" aku jalan lambat. Kau nampak tak pasu tu? cantikkan? lagi cantik kalau aku baling kat kau! ><

Time lalu dekat bahagian parkir motosikal/basikal, alien tu saja je toleh belakang. Asal kau? Ada emas ek kat belakang? Mana? Ke nak penumbuk? Eeeiii!!! >< Iz harap sangat kejadian yang tengah berlaku itu segera berakhir! Seksa wowh ><

Nak sampai tapak perhimpunan ni! Yahoo. Wahai manusia-manusia yang aku tengah geram dekat kau, sila berambus! ><

Lepas je tu, Iz terus report dekat Yugi! Hatiku tidak tenang! TT^TT
Iz ingat dia dah insaf segala bagai tapi tak! TT^TT

Wahai Alien,
     Kenapa kau suka sangat tengok aku? Aku tak ada tanduklah! Ke tak pernah tengok manusia? Oh lupa! kau kan alien! bukan manusia!