Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang ;D

Camping Krk 2012

Yosh! eh, dekat nak PMR pun bercamping? Gila! Ya, aku gila camping! :D ehem.. ehem.. Ok, Iz cerita dari A sampai Z kalau ingat. Pagi itu, Iz dengan kawan Iz berkumpul dekat bustop depan sekolah. Semua orang dah ada. Cikgu kata berkumpul sebelum pukul 7 tapi sekarang dah 7.45. Ada manusia tak datang. Kami pun pergi. 

Masa on the way pergi Hulu Langat, Iz dengan Yugi dah bosan #actually Iz# pasang lagu slow-slow makin lama makin kuat sampai ada satu lagu ni, Iz tak sedar volume lagu tu 14. Iz tertekan maka terdengarlah satu lagu "Pheeeeewwiiitttt!" selama 4 saat. Pergh, malu beb! Tapi Iz buat bodoh je. Buat tak bersalah. XD Dah tu siapa suruh senyap. Tak syioklah hehehe.

Iz jadi mangsa. Mangsa apa? Mangsa kena "BAGI" makanan dekat budak lelaki belakang Iz. Mesti soalan ni di ajukan. "Hai, sebelah je ke?" Tu Z.f tanya. Nak je bagi sebiji dekat dia. Lelaki ni memang tak malu. Minta makanan dekat perempuan. Bak kata peribahasa "Rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari". Pergh...
Iz shorcut ceritalah sebab panjang macam dalam novel. Ada rezeki Iz ceritakan secara mendalam sampai kelaslan jenis-jenis pacat moden dalam lumpur. Lumpur? Ha, tiba je dekat camp site tu kita orang bahagikan kumpulan buat aktiviti itu ini dan terus ke aktiviti mandi lumpur. 

Masuk je hutan semua kena tutup mata dua lapis tapi Iz tak dengar arahan tu sebab masa tu jadi jururawat. Iz tutup mata selapis jelah. Nampaklah alam hutan yang wow ini. Masa dah selam-selam, tiarap-tiarap, panjat-panjat, daki-daki dan seumpama dengannya. Semua peserta duduk berkumpul dekat suatu tempat. Ada abang fasi ni entah apa nama dia tak ingat, dia tunjuk arah Iz suruh huraikan apa yang kita dapat dalam aktiviti ini. Iz tolehlah belakang. Alih-alih Iz juga sebab dia panggil "Oppa". Di sebab Iz pegang bola masa lagu Oppa Gangnam Stylelah ni! >//..<

Malam pula kita orang ada night-walking tapi sebelum tu buat aktiviti yang best. Masa night walking tu, Iz lalu hutan ni. Ada cahaya. Kelip-kelipkah itu? Cantik. Subhanllah. Tapi bising. Budak perempuan junior ni ya Allah. sikit-sikit Dahan! #Kod apabila barisan terputus# Iz orang ketiga dihadapan. Depan lagi Nabil, budak lelaki tercicir tapi berani!. Dia dengan abang fasi naik angin Iz tengok, sampai cakap "Asyik Dahan je, Ranting bila pula?" 

Bagi Iz kalau tak ada keyakinan diri pi duduk dekat dom. Jangan susahkan orang kalau tak berani habis cerita jimat masa. Selepas itu, kami semua kena duduk seorang diri kot. Macam itulah. Iz duduk dekat tangga ni. Depan Iz dalam 10 meter Faiz. Boleh pula dia tanya "Husna, kau hidup lagi ke?" Iz jawablah "Kalau kau dengar suara aku, hiduplah tu". Ambil kau. Lepas tu ada abang fasi mana entah periksa kita orang semua tapi dia tak sedar Iz ada dekat tangga.

Faiz pun bagilah tahu Iz ada dekat situ. Abang tu pun suluh lampu dekat tangga tersengih-sengih macam nak kena side kick Iz. Geram aku! Kenapa geram? Sebab dia panggil Iz tangga! yeah, Tangga! Elok-elok nama Iz , Nur Izatul Husna tiba-tiba dipanggilnya Tangga! Bro, siapa tak bengang. Iz balik ke camp site. Sepanjang perjalanan pulang ke camp site, semua yang ada dekat lorong-lorong tepi hutan Iz tegur. Nak buang amarah bukan senang beb! 

Dah semua kumpul dekat camp site ada masalah timbul. Mister Potato. Sudah, semua kena denda seperti peribahasa "Nila 5 titik rosak susu sebelanga" 5 titik= 5 junior buat masalah. Tapi best pun ada. Sebagai penutup acara denda, kami semua kena nyanyi lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah.Iz tak tahulah apa masalah budak lelaki pergi nyanyi lagu sekolah rendah. Kelakar! XD 

Kami pun tidur. Iz tidur sejam je. Biasalah budak camp #perasan sudah#. Pagi tu kami kena berkumpul dekat dewan. Solat. Side view pagi-pagi memang awesome! tak sempat nak tangkap gambar :'). Rasa tenang je pagi tu rasa ngantuk jangan ceritalah. Pagi tu hujan. pergh sejuk sampai tegak bulu roma. huh? hahhaha XD 

Kami buat aktiviti make up muka. Best. Alat kosmetiknya mahal. Tepung + air . Mahal na? Hahaha. "Nama tempat ni Harap redha, jadi kamu semua harap redha jika kena make up" ayat tak boleh blah masa tu. Mandi dekat swimming pool. Packing barang siap. Complete. Berkumpul. Waktu inilah waktu terakhir kami di Hulu Langat. 

Waktu sedih sadan pun bermula. Tengah khusyuk mendengar cerita daripada abang siapa nama tu siap seka air mata. Ada orang tangkap gambar, buat video. Hish, orang tengah jiwang ni janganlah tangkap gambar/video. Tak ada feeling. Kacau daun. Cerita dah habis. Cikgu Jinggo dah buka kaunter. Asyik tengok aku alih-alih nama aku kena panggil. Nasib badan siapa suruh duduk depan. 

Cerita dah sudah.Kini acara penutup punya tutup. Cikgu Jinggo panggil nama-nama insan yang bertuah. Dapat buku nota. Aku ada kau ada? Iz ni kira top 5 tau. #perasan sudah# Kini, sudah terbongkarlah sifat kepimpinan Iz. Iz tak surelah Cikgu Jinggo tahu ke tak Iz ni pengawas. Biarlah dia tahu :) 

Oh ya, tahun lepas Cikgu jinggo ada mai sekolah Iz. Masa tu Iz grup dengan akak-akak abang-abang senior. Iz malas nak bagi cadangan apa-apa je sebab dari gaya dia orang perasan bagus. #sila sakit hati# Yelah, arahan dia je yang betul. Ok, ambil. Jangan nangis tau. Bila Iz bagi idea hurm .. faham-faham sudah. Yang lepas biarkan lepas.Yang penting kita enjoy! Yosh!

p/s: kalau kau orang nak tengok gambar kami semua yang awesome sila klik link di bawah:
Camping Krk 2012
Kem Pembinaan Karektor SMK Tabura

1 ulasan:

  1. wah...
    ktorang baru bersama ngan cikgu jinggo aritu..
    huhuhuhuh..

    http://cikgufiq.blogspot.com/2012/10/perkhemahan-bahasa-di-harap-redha-agro.html

    BalasPadam