Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang ;D

With them!

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :)

1) School Farewall with them
Them? Siapa? entah aku pun tak tahu. xD Ok.. ok.. dia orang itu adalah .. jeng .. jeng.. jeng.. kanak-kanak ribena KRK! versi 2012 punya xD.

Masa hari Khamis yang lalu, kami buat jamuan. Best? entahlah. Tapi Iz and the genge *Yugita, Annisa dan Aqilah* buat bisnes Iz. Sebenarnya Aqilah yang tolong Iz jahit. Jahit? Bisnes? Sila rujuk post ini >>Bisnes?<<

Dalam masa 3 jam sahaja kami dapat RM18! Wuhu! Macam mana boleh berjaya? Eh, hahaha.. Iz tayang benda alah tu pergi sana pergi sini.

Memang jadi perhatian. Tak ke? xD

Jamuan KRK 2012 ni best. Tapi bisnes tu haddoy. Sukanya! Kalau nak tengok gambar sebelum jamuan klik sini >> versi Izhs << yang ini pula semasa jamuan >> versi Yugita <<

2) Cameron Highlands with them
Pada hari Sabtu bermalamkan Ahad yang lalu, *ada ke ayat ni?* Iz dan 39 murid beserta 4 orang guru pergi ke Cameron Highlands yang terletak di Pahang. Pagi itu oklah, tak ada halangan. Tapi agak terlewat sedikit dari jadual yang dirancang. Memang bosan duduk dalam bas. Dahlah tak sarapan lagi. Makan makanan rapu jelah. 

Dah sampai dekat perhentian Tapah. Apa lagi cari bateri. Lupa nak beli bateri. Padahnya. Oklah cerita ini makin tak bestkan. Mai ke saat-saat yang tak boleh dilupakan oleh Iz sendiri :)

Masa dekat MARDI, Iz jadi penunjuk arah *maklumlah tahun lepas dah pergi, show off sikit* Yugi dan Nisa ikut jelah. Tapi yang tak bestnya grup ZAS datang mengganggu ketenteraman bumi. Tapi ok lah tak kacau teruk sangat. Kita orang masuk lot ini dia orang ikut. Sah mengganggu.

Punyalah best sangat sampai terjumpa buaian pun berebut. Iz VS Soon. xD Tapi bestlah. Hari hujan bergaduh sakan Ash gedik tak nak pulangkan kamera kita orang. Yugi blur Nisa syok sendiri Zack buat dunia dia. xD

Masa dah sampai dekat suatu tempat yang boleh menjadikan kami jakun adalah di air terjun hiasan. Nampak orang "masuk" dalam air terjun tu. Tak faham? Macam ni.

Faham tak ni? xD

Ini ZAS yang tolong ambilkan gambar. Zack guna telefon bimbit Nisa. Ash guna kemera Yugi. Soon guna kamera Iz. Ada faham? Ok. ZAS count down punyalah kuat sampai berkejar kita orang "masuk" dalam air terjun tu. Zack possinglah kononnya nak ambil gambar banyak-banyak DALAM MASA YANG SAMA Soon dan Ash lari bawa kamera Iz dan Yugi. Iz kejarlah dia orang. Dahlah kaki sakit sebab terjatuh tadi. Masa lari tu Crak! Wow! Sakit gila kot! Huahhh!!! TT^TT 

Dia orang pun mulalah kesiankan Iz yang sedang pegang kaki yang sakit tu. Yang tak boleh blah tu, boleh pula dia orang ketawa! Cis! Perli dalam kesian! >,< Pastu rebut daki bukit nak cepat sampai punya pasal. Tapi best apa dapat dakit bukit. Kami ada kau ada? xD

Lepas itu kami pergi mana Iz tak ingat, yang pasti kami check-in bilik lepas tu. Dah dapat kunci. Ash suruh Iz bawakan beg dia naik ke atas dengan menggunakan cik tangga. Cuba bayangkan beg Iz macam nak balik kampung lagi dia suruh bawakan beg dia. Iz bebel ar. Setiap bebelan Iz mesti ada ayat " 3 biji rumah" . Peduli apa aku. xD

Yeah, dah masuk bilik. Landing time sebelum pergi shopping di Night Market. Selepas maghrib berkumpul. Ok, masa untuk solat. Dongak ke atas cari perkataan "KIBLAT". Eh, tak ada? Serius? Wah!!! Selongkar laci setiap ruang sudut bilik. Tak ada?! Macam mana nak solat ni? Guna orang sebelah. Pergh nasib baik sebelah bilik kami budak Ezrai and the geng. Tapi er.. yeah! Afdzal membantu! Iz tinggalkan kesan. yeah KESAN dekat syiling. 

Tulisan agak buruk sebab guna LIQUID EYELINER! xD

Mari pergi Night Market! Setiap kali melangkah Iz berdoa agar ZAS tak akan muncul dekat situ. Amin! Tapi malang tidak berbau. Masa nak balik terserempak. Ok fine. Masuk bilik tidur. Zzzzzz..
Oklah, post kali ini panjang. Cerita untuk keesokkkan harinya buat post baru ek :)

Second post! >> With them! part 2 <<

Tiada ulasan:

Catat Ulasan