Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang ;D

Kem oh Kem ( Part 1 )

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :)

Pergh, lama gila tak update blog. Maklumlah student kan.. bukannya blogger 24 jam 7 hari seminggu macam En. Ben Ashaari tu. sehari minimum 2 post! Ambik kau. Ke main lagi. ;D

Kali ni Iz nak cerita khas pasal kem sahaja. Maybe ada sambungan, sebab panjang. Hehehe. So, kau orang mesti ada pengalaman kem kan? kan? Yeah, macam Iz ni gila kem. Bukan sebab sijil tapi memang jiwa ni suka akan kem. Tapi masalahnya, kem tu yang tak berapa suka dengan Iz. Maybe Iz ni kecik kot. xD *memandai je*

1) Kem Perdana Unit Beruniform SMKTBR (1) 2014
Kem ni Iz pi tempat yang sama macam tahun lepas. Akademi Bomba dan Penyelamat, KKB. Kali ni Iz jadi helper! Maksudnya.. peserta + pembantu cikgu = kerja lebih sikit. Tahun ni Iz jadi macam.. macam.. pen'berdikari'. macam mana nak terangkan ek..

jejaka sesat dalam bas. thehehe. :)
Ha! Iz terlebih suka berseorangan. Normallah. Ini Iz. Pelik bila Iz ada dalam suatu grup. Pelik yang sangat pelik. Ha ha. Entahlah, Iz yang suka menyepikan diri ke, dia orang yang tak suka Iz 'join' dia orang, nevermind. Dah biasa. Since darjah 5 lagi. Saya OK, Saya dah besar.

Kem kali ni, alien join. Argh! Tapi Iz pelik, pasay pa awal-awal lagi dah meluat na bila alien join. Bukan dia dah ada aweks ka? Hek.. Yang sakit hatinya, dia pun jadi helper. Wah, sakit ni. Masak. Hurm.. Sabo jelah der, tahun last der. Rilek der.

pemeriah bas :) *saya tara ada, saya tukang tangkap gambar :)
Sampai-sampai je sana. Kami yang HELPer la sangat, tolong depa naikkan khemah. Lorh, ramai ngupenya tak tau pasang khemah! Gasp! Iz pun ngajo depa-depa ni. Yang kelakarnya, Iz tak tau nak join khemah mana. Maklumlah, pemegang prinsip "alone is me". Ambik kau. Sekali join khemah Ain. Rasakan Iz. Kau nak sangatkan "alone is me" ambik kau.

Malam tu, kita orang kena pi dewan audoterium nak pi donga siapa ntah duk cerita pasal kewujudan bomba ni. Siapa ada video lagi. Ambik kau. Habis je tu, ada suprise untuk kita orang. Ada amanah kena jaga der! Telur ayam der! Iz duk pikiq, 130 orang, sorang sebutir. Apa kejadahnya? Pastu depa duk suruh anggap telur tu NYAWA kita. Apakah? Habis, bila telur pecah, that means nyawa kita melayang? Eh, sakai. Amanah sudah ar. Ni nyawa bagai. Ergh!

khemah -khemah, 2 singgi! mau? xD
Sampai je dekat khemah.
" Husna!!!!!! Kau helperkan? Tolong kita orang!!! " Tu dia... Iz pun pi ar tempat yang depa koba tu. Khemah der. Molek je. Der, dalam khemah der. somot! banyak der! meremang bulu roma den! xD Iz pun apa lagi. Cari tok penghulu kem, tanya pendapat. Dia suruh alihkan khemah, sarang somot bawah khemah. Tukang alih khemah, Iz, Zizan, Yasmin dengan Alien! Iz dengan alien control bahagian depan. Kitorang lawan siapa ke depan dulu, dia menang. pekejadnya lahai. xD


Dah selesai masalah tu, Iz pi ar balik khemah yang Iz tumpang dengan geng Fara. Iz nak keluarkan lampu suluh. Iz melutut jelah, malas nak tanggalkan kasut. Tiba-tiba. Krek! Ada benda sejuk Iz rasa dalam poket seluar Iz. Sejuk sangat. Mak!!!!! Tolo!!! Pecah!!! Hahahahhahahahhahahah!!! TTT^TTT Iz merupakan manusia pertama yang pecahkan telur pada pagi tu. tak sampai 1 jam. dah pecah. Menangis wo..

Entah kenapa, ayat ni, asyik bermain je dalam fikiran Iz,
Jangan fikir apa yang baik itu baik, yang tak baik itu tak baik. 
Mendalamkan maksudnya? Kan? Iz sumpah-seranahlah dekat Iz sebab tak amanah, tapi Iz masih tak puas hati kenapa depa duk bagi telur sorang sebiji. Tak boleh terima kenyataankan?
Kelakar tak Iz menangis beria-ria sampai nak panggil mak Iz sebab telur sebutir pecah? Kelakarkan? Hahaha. Iz rasa macam tak amanah je. Iz fikir yang positif. Tapi tak boleh. Negatif je memanjang.

Iz dah tukar seluar terus badmood. Cik A, Fara, Ain, Khairina, Azmiera, semua tengok air muka Iz berubah. Lemah longlai badan Iz. Macam baru tau result SPM je. xD Entah kenapa ada 1 kes ni ha. si Aishah ayah dia nak pick up dia sebab dia demam. Ha! Time tu Iz terfikir nak JAGA amanah dia. Jeng..jeng..jeng.
Selesai masalah. Kes dihapuskan! ;D

astaka yang tersimpan beratus kenangan. :)
Masa Iz pi tempat ambil makanan/minuman. Tiba-tiba Jumi duk tunding jari dekat Iz. #Jumi ke siapa, entah# Iz apa lagi, buat muka peliklah. Dan.. alien duk pandang Iz. Iz buat tak tau lah kan. Dia tanya Iz. Eh, serius? Hek.. Dia tanya Iz ada tak bam yang untuk otot. Iz jawablah ada. Dia pun mintalah. Cara dia pandang tu macam nak kena penampar kot. Menyampah. Bila Iz nak bagi, dia asyik lari je. Memang nak kena penyepakkan? Kan?

Bila dah bagi, dia buat harta pusaka warisan negara terus! Setiap kali Iz nak minta mesti suara Iz tak ada. Ha.. aiyok.. penangan apakah? ceh.. bhahahhaha.. teruk na perangai. Iz tengok dia urut Azizan. Kelakar der. Tapi yang tak tahan tu, budak lelaki qonquer tempat rest perempuan yang jaga shiff malam. Sakit hati kami. Iz ni lagi ar, berapa shiff entah. Malam tu sahaja, Iz tibai 2 khemah. Hahaha. Bukannya apa, cikgu kesian yang khemah grup Yasmin bersemut lagi dalamnya, cikgu suruh pasang khemah yang cikgu bawa sebagai pengganti.

Ini saya. Saya helper yang baik :) *sila muntah secara berjemaah kalau terlebih terperasanan xD

Macam orang gila kami pasang khemah yang kedua-duanya telah rosak barangkali. Tiba-tiba adik Afiqah tidur sebab kepenatan. Azlin pun sama. Cikgu, Afiqah, Yasmin, Zainab, and else *actually tak ingat* pakat nak pi toilet. Tinggallah Iz sorang-sorang dengan 2 puteri beradu. Gulp! Iz tengok keadaan sekeliling. Seram sejuk bhai. Menggigil kaki. Tengok kiri, kanan, depan, belakang, atas dan bawah. Serius! Seram. Seram macam mana pun kena selesaikan gulung khemah yang rosak rodnya. Nasib baik Zul Amri ada dari jauh dengan Aizat. Boleh dia orang tolong tengok keadaan Iz dari jauh. Kalau tak.. fuh...

Jam menunjukkan pukul 3.00 pagi. Iz pi khemah Ain. Dia bising Iz tak tidur. Hehehe. Iz tengok khemah Ain sesak dengan susuk tubuh penghuni khemah. Iz pun minta Zainab nak tumpang khemah depa nak tidur sat. Tapi nanti depa kejutkan. Argh... Iz apa lagi pi terjah khemah Azmiera. Lantak kau lah.. Tapi.. Iz tak bagi tahu pun Zainab yang Iz hijrah khemah lain. Masa Iz baring nak rehatkan badan dengan mata yang segar-bugar ni, tiba-tiba dengar " Ada orang tak? " Eh.. apa ke pelik na soalan tu? hek..

Rupa-rupanya Zainab duk risau cari Iz. Memey ar, mesti ar dia risau mana tau kena sorok dengan bunian ke hape ke. hahahha. Hadoyai. Salah Iz juga. Tak maklumkan dekat depa. Hehehehe. Iz tidur ayam-ayam je. Bangun pukul 3.30 pagi. hehehe. gila tak? ^_^V

Bersambung..