Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang ;D

Oh Trial SPMku

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang.

Lama Iz tak update blog. Harr.. Kalau hang pa ada apa-apa hal yang berkaitan dengan Iz, berfacebooklah dengan Iz.  Mesti dibalas. tapi kena bagi tahu dari mana datang la. 

Trial SPM? Dah habis dah.. dah dapat markah dah.. tapi lagi 2 subjek belum dapat. Setakat ni Iz dapat 3A- 2B 2C. Kelakar sangat. yang C tu sipi lagi nak B. yang B tu sipi lagi nak A-. Mana tak nya, candy crush! cookie jam! game aje.. hehehe. 

Alhamdulillah akaun Iz dapat A- ngam . ngam . soi . dalam kelas Iz, akaun, 7 orang je dapat A- + A . Berkat tunjuk ajar cikgu dengan usaha Iz, dapat la ni. SPM sebenar, study smart je. Tak payah nak hard - hard sangat. Hehehe. Macamlah Iz pernah study hard. >,<

Iz harap tahun ni, tak ada kes soalan bocor macam UPSR. Nak bocor sikit tak pa. Ni sampai mengadu dekat KPM memang siaplah! Adik Iz tahun ni UPSR. Relax je. Tak stress. Lelaki. Memang macam tu. Tak suka tengok depa-depa la ni kena ambil semula UPSR. Tapi, pasay pa tak ambil markah percubaan? Kenapa harus diulangi? Mengapa?

Ni baru trial SPM, mak Iz dah tanya nak masuk mana? Mana? Matrik? Politeknik? Universiti? Er.. haih.. serius, Iz tak suka tang cari la ni. Ayah Iz suruh ambil audit. Jadi macam dia. Hek. Tapi lepas SPM, Iz kena pergi PLKN! 



Teruja? Entah. Jiwaku rasa kosong-kosong oo. Mak Iz gembira Iz dapat. Along, abang Iz, gelakkan Iz. Eleh, tahun lepas dia yang paling super duper triple beria nak sangat pergi PLKN, sekali tak dapat terus jadi batu. Chooii. Mampukah Iz bertahan? Iz ni kecil orangnya. 145 cm je tinggi Iz. Macam darjah 5. 

Ramai dalam kelas Iz yang tak dapat. Yang dapat, Ash, Farhan, Alien? Har.. Iz harap dapat tempat yang jauh-jauh. Dapat kenalan baru. Dapat kawan baru. Dapat pakwe baru. Eh? Hahaha. 
Iye.. iye lah tu. Marah 'dia' nanti. 

Sampai sini jelah coretan nukilan laporan Iz.
Doakan Iz berjaya dalam SPM la ni. 
Assalamualaikum :)
kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang