Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang ;D

Freelance hak hak

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :)


Freelance? Macam kelakar je. Takat tolong parent Iz je. Habis SPM terus tanam anggur halimunan. Kerja? Ada. TLDM *Tidur Lepak Dan Makan. Iz sebenarnya kekeringan idea nak update blog la ni. Tapi tak pa. Iz ceritalah pasal Iz kerja 4 hari. 4 hari je kerja? Macam mana tu?

Alkisah~

Mak Iz cadangkan Iz kerja dengan Cik L dekat kantin sekolah. Sekolah mana? rahsia~. Iz ajak Mimie join sekaki. Mana boleh buat kerja kalau tak ada geng. Heee. Iz dengan Mimie pakat jumpa pukul 7.10 am. Bila melangkah masuk dalam kantin. Wah.. semua baik-baik belaka. Senyuman tak lekang. Mengalu-alukan kehadiran kami. Terasa diri ini bagaikan seorang puteri. Cewah.

Iz dengan Mimie kerja dengan Kak Dewi. Kak Dewi ajar kami macam mana nak bungkus nasi lemak. Selama ni tahu makan je. Bila kita orang mula je buat, pergh.. kalah Kak Dewi. Kami cekap! Pantas! Hahaha. Apa-apa hal, Kak Dewi memang sporting! Rasa seronoknya bekerja!

tapi..

tapi..

hari demi hari.. Iz dapat rasa satu perasaan yang aneh. tak tahu apa benda. Esoknya kerja macam biasa. Tulatnya, Nisa join sekaki. Hari pertama Nisa kerja, dia semua terkejut. Biasalah. Esoknya, tiba-tiba ada akak sorang ni asyik marah kita orang tanpa sebab. Iz, Mimie dengan Nisa tengah bungkus nasi lemak, akak tu marah sebab ramai sangat yang bungkus nasi lemak. Apakah?

Akak tu suruh Nisa dengan Mimie buat sandwich. Mimie ambil pinggan. Nisa blur 5 saat. Tiba-tiba akak tu marah kaw-kaw si Nisa tu. Apakah? Pastu Cik L datang kenapa bising-bising ni. Akak tersebut terus lari. Bila dia orang dah habis buat sandwich, sambung balik bungkus nasi lemak. Masa kita orang borak yang tak sampai 1 minit tu. Cik L pandang semacam je.

Dia suruhnya Mimie potong sayur. Kak Dewi cakaplah, nak buat kerja jangan berborak, dia tu dengki tengok orang senang. Iz pun heee je. Mimie mengadu nak berhenti kerja. Iz tunggu je saat-saat Cik L ada dekat tempat kita orang. Ada chance! Iz pun bagi tahu dekat Kak Dewi. Kak Dewi sedih sangat. Mana taknya. 4 hari je kerja.

Saat-saat nak berhenti kerja, Cik L terkejut. Siap bagi ayat pedas-pedas lagi. Perli kita orang. Iz pun apa lagi, balas dengan ayat pedaslah. Nisa diam je. Mimie lagi terdiam. Cik L tak nak kalah. Iz pun blah jelah. Lagi sejam nak out. Akak tadi tak habis-habis dera kita orang macam-macam. Kerja dia uruskan roti canai. Iz masa tu tengah bersihkan tempat jual-jual. Lagi satu darjah nak rehat. Dia suruhnya Iz buat kerja yang memang malas sangat nak buat. Refill kuah roti canai.

Iz malas nak pergi. Tempat tu cuma 15 langkah dari tempat dia. Dari tempat Iz 30 langkah. Dia pekiknya Iz tak buat apa yang dia suruh. ya Allah. Lagi 5 minit nak keluar. Akak tu suruh kita orang basuh pinggan. Kita orang buat pekak je. Kita orang bungkus air adalah. Hehehe. Akak tu bengang je.
Akhirnya kami surrender awal.

Jadi sekarang ni Iz freelance je. Tapi tu dulu. Sekarang Iz dengan Mimie buat bisnes. Nisa kerja dekat kedai serbaneka. Happy? Tak lagi. Tak lama lagi result SPM. Doakan yang terbaik untuk Iz dan dia orang :)

Assalamualaikum :)