Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang ;D

Saya Mahu Hadiah Raya! oleh PTS

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :)

Alhamdulillah. Peraduan Saya Mahu Hadiah Raya oleh PTS entah bila nak umumkan pemenang walaupun Iz tak harap menang *menipu je ni hehehe* tapi syukur Iz antara 200 peserta terawal yang sertai peraduan ni.

Macam mana Iz boleh sertai peraduan ni? Al-kisah... Iz scroll facebook macam biasa. Tiba-tiba Reja Mus *kartunis Komik-M* share banner pasal peraduan ni. Tulis reviu buku PTS. Reviu yang terpilih boleh menang duit raya RM100. 200 penyertaan terawal dapat hadiah. Hurm.. memandangkan masa tu Iz frust tak menang GA mana-mana, Iz sertailah.

Tapi banyak budak sekolah yang join. Rasa macam aduhhh.. Tengok syaratnya "tiada had umur" Ok. Cun. Iz masuk. Hahaha.

*comelnya saya. ihiks. jangan muntah :P

Sanggup selongkar balik kotak yang Iz simpan novel-novel yang beli masa zaman sekolah tapi tak baca-baca lagi semata-mata nak cari Komik-M : Misi 4 Flat. Buat karangan reviu tu. Iz baca sendiri Iz gelak. Hehehe

                                       >>>>> Reviu oleh Iz , Komik-M : Misi 4 Flat <<<<<<<<

Iz tak sangka Iz jadi peserta terawal yang sertai bila godek-godek messenger, ada urus setia hantar mesej. Alhamdulillah. Rezeki. Terus bagi detail dekat akak cantik tu. Bagi hari tu, esoknya dapat. Wow. Laju gila. Macam hari pos, semalam dah dapat. Hehehe. Gambar pembalut hadiah tu tak sempat nak snap sebab mak yang teruja Iz dapat hadiah. Mak yang buka hadiah tu. Hehehe

*muka tak boleh blah xD
Buku nota lah! Ya Allah. Iz suka buku nota. Boleh melukis. Hohoho. Tapi... Kulit buku ni kosong. Iz yang acah kreatif pun mulalah design kulit buku ni. Tapi..


Apa yang Iz sedang lakukan pun Iz tak tahu. Buat tanpa perancangan. Tapi Iz teruskan je. Hehehehe. Dan...


Hasilnya. Simple. Rumit. dan pelik. Ni pun belum siap lagi. Nak shading-shading kasi umpp. Heeee..

Dulu pun Iz ada masuk peraduan Saya Mahu Hadiah! yang kena kumpul bucu penanda kulit novel tu. Iz hantar 2 kali. Dan 2 kali itulah dapat hadiah. Hadiahnya Iz dah tak ingat tapi buku lah. Dan dapat surat daripada PTS beserta buku nota + sampul comel gila + bagde button secara tiba-tiba. Rasa macam peminat rahsia yang hantar. Hahaha.

Walaupun Iz ni macam tak sesuai dengan novel PTS yang range budak sekolah, Iz bertukar arah ke Komik-M. Masih lagi dengan PTS. PTS tak menghampakan Iz. I love PTS! :)

1 ulasan:

  1. sy suka dpt hadiah, tp mls nak join peraduan. hehehehehehehe

    BalasPadam